NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Langkawi ni Kedah punya boh' - MB Kedah


LANGKAWI:
Kerajaan negeri melahirkan rasa bangga dengan penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA '23) yang dianggap sebagai terbaik, setakat ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata penyertaan pasukan aerobatik dan pempamer antarabangsa juga menunjukkan LIMA '23 yang masuk edisi ke-16 penganjurannya, masih mendapat perhatian pihak luar.

"Ini adalah LIMA pertama buat saya (sebagai Menteri Besar). Saya bangga melihat persembahan maritim kerana mengenali ramai anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) yang terbabit. Saya teruja melihat keupayaan dan persiapan yang dibuat, malah aset yang dipamer semakin canggih.

Sebahagian orang ramai yang hadir pada Pameran Udara Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA '23) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC). - Foto NSTP/ASWADI ALIAS
Sebahagian orang ramai yang hadir pada Pameran Udara Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA '23) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC). - Foto NSTP/ASWADI ALIAS

"Saya lihat semua persiapan berjalan lancar dan bagus. Saya rasa LIMA '23 adalah yang terbaik setakat ini, ia sangat membanggakan (kepada kerajaan negeri). Langkawi ni Kedah punya boh," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Terdahulu, beliau menyaksikan persembahan pembukaan segmen maritim LIMA '23 yang diadakan di Resort World Langkawi (RWL) dan turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Persembahan itu menampilkan pertunjukan khas pasukan elit dan aset pertahanan maritim negara milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Perikanan.

Pertunjukan udara oleh pasukan Black Eagle dari Korea sempena Pameran Udara Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA '23) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC). - Foto NSTP/ASWADI ALIAS
Pertunjukan udara oleh pasukan Black Eagle dari Korea sempena Pameran Udara Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA '23) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC). - Foto NSTP/ASWADI ALIAS

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, orang ramai khususnya rakyat tempatan digalakkan hadir menyaksikan persembahan khas dan pameran aset ketenteraan sepanjang berlangsungnya LIMA '23.

"Saya difahamkan pasukan aerobatik turut membabitkan pasukan Malaysia dan negara lain. Bukan senang untuk bawa pasukan luar terbabit. Untuk bawa satu pesawat kena bayar berjuta, tetapi mereka datang percuma dan kita bagi minyak sahaja.

"Ini suatu pengiktirafan kepada LIMA dan Kedah juga. Mungkin kerana LIMA tidak diadakan selama empat tahun, jadi mereka 'qada' dan beri sokongan kepada kita," katanya.

Pertunjukan udara oleh pasukan Black Eagle dari Korea sempena Pameran Udara Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA '23) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC). - Foto NSTP/ASWADI ALIAS
Pertunjukan udara oleh pasukan Black Eagle dari Korea sempena Pameran Udara Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA '23) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC). - Foto NSTP/ASWADI ALIAS


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

( Hide )
  1. Tak punya kemaluan punya si pmanwaq, apa lak pergi hadir Lima yg anjuran nya tu diasaskan oleh si tun madey yg dia duk selalu kutuk? memang tak tahu malu atau dah hilang kemaluan di tu akibat kuat sangat auta gebang kot.

    ReplyDelete

© all rights reserved
made with by templateszoo