NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lambakan Nepal di Nilai tiada kerja dan tidak diberikan gaji



BANGI , Sabtu – Lambakan pekerja asing warga Nepal terperangkap di Nilai, Negeri Sembilan lebih tiga bulan selepas janji mereka akan dapat pekerjaan gagal ditunaikan.

Sumber dari Kedutaan Nepal menjelaskan seramai 300 pekerja asing berkenaan yang tiba di Malaysia sejak Januari lalu, diambil oleh syarikat pembersihan Star Domain Resources Sdn Bhd untuk bekerja di Genting Highland.

memetik Malaysiakini, sumber dalaman berkata, pekerja terbabit masih belum mendapat sebarang pekerjaan dan dibiarkan tanpa gaji.

“Seramai 301 pekerja Nepal telah ditempatkan di kuarters buruh berpusat, yang diluluskan oleh jabatan buruh, di Nilai.

“Agensi pengambilan pekerja di Nepal melaporkan hanya 45 daripada mereka diberi pekerjaan.

Menurut sumber itu lagi, kedutaan Nepal telah mengatur pertemuan dengan syarikat pembersihan itu tetapi mereka tidak hadir.

Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sembilan, Roslan Bahari berkata syarikat itu hanya membayar tidak melebihi RM600 sebagai “bayaran token”.

Roslan berkata syarikat itu telah menangguhkan pembayaran gaji penuh buat kali ketiga sejak isu itu timbul.

“Jabatan Tenaga Kerja khususnya di Negeri Sembilan telah berjumpa majikan lebih tujuh kali untuk mendesak mereka membayar gaji tertunggak. Kami bersama-sama wakil kedutaan telah bersusah payah meminta majikan membuat bayaran.”

“Mereka sepatutnya membayar baki dua bulan gaji pada Khamis (11 Mei) jam 12.30 tengah hari tetapi mereka gagal berbuat demikian.

Katanya, Jabatan Tenaga Kerja dan kedutaan Nepal telah bekerja keras untuk menyelesaikan isu itu.

Jabatan berkenaan telah membuka kertas siasatan mengenai isu berkenaan namun saya fikir lebih baik fokus kepada pekerja dan gaji mereka yang tidak dibayar.

Turut dimaklumkan ibu pejabat Jabatan Tenaga Kerja di Kuala Lumpur sedang berusaha memindahkan baki 256 pekerja yang menganggur kepada majikan lain dalam masa terdekat.


Sumber I Tv Pertiwi 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo