NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Lagi 20 minit sampai puncak, pendaki ME2023 Awang Askandar maut terjatuh

AWANG Askandar Ampuan Yaacub disahkan maut selepas terjatuh ketika mendaki puncak Everest.


PUTRAJAYA : Seorang pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Awang Askandar Ampuan Yaacub, 55, disahkan maut selepas terjatuh ketika mendaki puncak Everest.

Difahamkan, arwah dilaporkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi waktu Nepal iaitu sekitar 12.45 tengah hari waktu Malaysia.

Ketua Misi ME 2023, Azim Afif Ishak, 35, ketika dihubungi berkata, arwah dikatakan terjatuh ketika berada pada ketinggian 8,000 meter dari aras laut dan hanya 20 minit pendakian memisahkan arwah dengan puncak Everest.

Beliau berkata, arwah dilaporkan terjatuh ketika pendakian bersama seorang lagi pendaki, Muhammqd Hawari Hashim, 33, sekitar malam semalam.

“Selepas terjatuh, arwah terlebih dahulu dibawa ke Kem 4 dengan bantuan malim gunung untuk diberikan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia pagi tadi.

“Jenazah akan dibawa turun sehingga ke Kem 2 esok untuk diterbangkan ke hospital dengan helikopter dan ia bergantung kepada keadaan cuaca,” katanya.

Katanya, berita sedih itu sudah dimaklumkan kepada Kedutaan Malaysia di Nepal dan selepas dibawa turun, jenazah akan dihantar ke hospital untuk bedah siasat.

Azim berkata, keluarga arwah juga sudah dimaklumkan dan pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Nepal bagi menguruskan jenazah.

Allahyarham Awang Askandar adalah Ketua Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kedah berasal dari Sabah.

Mengikut laporan media tempatan Nepal, arwah adalah pendaki ke-sembilan meninggal dunia bagi musim pendakian tahun ini termasuk malim gunung.

Misi ME 2023 ini adalah percubaan kedua Allahyarham selepas tertangguh tahun lalu disebabkan faktor cuaca.

Azim berkata, misi pendakian itu dipecahkan kepada dua pasukan di mana Allahyarham Awang Askandar bersama Muhammad Hawari memulakan misi pertama manakala dia dan Tiong Ling Yang, 30, kumpulan ke dua.

Menurutnya, selepas terjatuh arwah masih dalam keadaan sedar sementara Muhammad Hawari meneruskan pendakian sehingga ke puncak.

“Kami akui sedih dengan kejadian itu dan misi kumpulan kedua terpaksa ditangguhkan bagi urusan membawa keluar jenazah Awang Askandar.

‎Sementara itu, Chef De Mission ME2023, Tan Sri Dr. Salleh Mohd. Nor ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan berharap seluruh ahli keluarga bersabar menerima berita sedih itu. – UTUSAN



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo