NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KPKT peruntukan RM300 juta laksana projek ‘sentuh hati pengundi’

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan sejumlah RM300 juta pada tahun ini bagi pelaksanaan projek-projek berkaitan menerusi kementeriannya.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, peruntukan itu akan diagih secara adil dan profesional mengikut negeri berdasarkan keperluan dan penilaian yang dibuat.

“Saya telah memulakan jelajah sentuhan kasih sayang kerajaan Persekutuan ini sejak tiga bulan yang lalu, setiap minggu saya akan melawat negeri yang berlainan seperti sebelum ini ke Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Perak. Minggu ini saya akan ke Negeri Sembilan dan seterusnya Johor.

“Kita akan beri peruntukan secara adil dan profesional mengikut keperluan, katakan jalan sudah cantik takkan nak buat penurapan, itu satu pembaziran, jadi kita ikut keperluan dengan buat penilaian secara objektif.

“Jumlah tahun ini kita akan peruntukkan melebihi RM300 juta bagi melaksanakan projek-projek yang (boleh) menyentuh hati rakyat,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis sambutan Aidilfitri KPKT di sini hari ini.

Menurut Kor Ming, beliau akan mengadakan lawatan ke negeri Johor yang dijadualkan pada Isnin depan dan membuat beberapa pengumuman berkenaan peruntukan yang akan disalurkan untuk rakyat di negeri tersebut antaranya melibatkan dana pembangunan melebihi RM10 juta.

“Saya akan umumkan beberapa peruntukan sentuhan kasih sayang kerajaan Persekutuan kepada warga Johor untuk menyelesaikan masalah penurapan jalan, naik taraf medan selera, pembersihan tandas awam serta pembinaan taman rekreasi.

“Saya janji peruntukannya lebih RM10 juta yang akan saya umumkan untuk negeri Johor,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE


No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo