NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KONVENSYEN NASIONAL: Ramai ahli sukar terima gabungan Kerajaan Perpaduan

PEMIMPIN di peringkat akar umbi perlu bijak memainkan peranan bagi menyakinkan ahli di peringkat bawahan yakin dengan gabungan parti Kerajaan Perpaduan.


KUALA LUMPUR: Rata-rata pimpinan di peringkat akar umbi menyatakan kebimbangan kerana masih ramai lagi ahli yang sukar menerima tentang gabungan parti Kerajaan Perpaduan.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Wanita UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Mar Daing Matrok berkata, ini kerana ramai yang masih lagi terus ‘tunggu dan lihat’ apa yang akan berlaku kepada kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sebagai ketua, saya perlu jelaskan tentang kepentingan dan kebaikan Kerajaan Perpaduan supaya rakyat lebih menerima dengan hati yang terbuka.

“Secara jujurnya ada lagi yang tidak dapat menerima Kerajaan Perpaduan dan mereka masih memerhati apa yang boleh diperbandingkan dan diperbaiki oleh kerajaan sekarang,” katanya ketika ditemui di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur, hari ini.

Ketua Amanah Temerloh, Azizul Shah Mohd. Noor pula berkata, rakyat sudah tidak peduli dengan perkembangan kerajaan kerana apa yang diharapkan adalah pentadbiran yang mampu memelihara kebajikan rakyat.

Katanya, rakyat boleh terima Kerajaan Perpaduan karena mereka perhatikan yang kerajaan sekarang lebih stabil dan dapat menguntungkan rakyat.

“Ikut perhatian saya, jentera Pakatan Harapan (PH) sudah boleh terima UMNO dan parti lain, begitu juga sebaliknya UMNO dah boleh terima PH dan parti-parti lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Cabang Kuala Krau Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Hafez Harun berkata, rakyat seharusnya menerima hala tuju yang ditetapkan Perdana Menteri demi kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat.

Katanya, Perdana Menteri telah tetapkan Kerajaan Perpaduan dan sebagai ketua cabang, beliau perlu ambil inisiatif untuk terangkan tentang konsep kerajaan sekarang supaya rakyat lebih faham dan boleh terima dengan terbuka. – UTUSAN



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo