NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Konvensyen kerajaan campuran hanya menguntungkan DAP dan PKR, kata bekas KB UMNO



PKR dan DAP yang paling mendapat untung politik selepas Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang diadakan di Dewan Merdeka baru-baru ini.

Perhimpunan tersebut menyaksikan buat kali pertama ahli PKR dan DAP menjejak kaki ke dewan yang sebelum ini menghimpunkan ahli-ahli UMNO tetapi kini digunakan untuk program kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH).

Bekas Ketua UMNO Bahagian (KB) Alor Setar, Datuk Mohd. Yusof Ismail berkata, keadaan itu disebabkan oleh dasar perjuangan setiap 19 parti yang terlibat dalam konvensyen tersebut tidak sama.

Contohnya kata beliau, UMNO membawa dasar mempertahankan dan memperjuangkan hak keistimewaan orang Melayu dan Islam mengikut Perlembagaan perkara 153 manakala DAP membawa dasar kesamarataan kaum dan agama atau Malaysian Malaysia yang bercanggah dengan dasar UMNO.

“Dasar Malaysian Malaysia inilah yang menjadi penyebab konfrontasi dan penentangan UMNO selama ini terhadap dasar perjuangan DAP, bukannya penentangan terhadap kaum Cina seperti yang selalu digemburkan oleh DAP sebagai rasis.

“Selain itu kemarahan dan kebencian orang Melayu terhadap DAP selama ini disebabkan sikap cauvanis pemimpin DAP terhadap orang Melayu sehingga menimbulkan keretakan kaum pada 13 Mei 1969 dan sikap ini berterusan hingga kini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau lalu mempersoalkan, siapakah yang akan mengorbankan dasar parti jika masing-masing bertekad untuk bersama dalam sebuah perpaduan Nasional.

“Jika semua parti bersetuju untuk merombak dasar masing-masing, apakah UMNO sanggup menggadaikan dasar mempertahan hak istimewa orang Melayu dan adakah UMNO sanggup menerima dasar kesamarataan parti DAP dan PKR?

“Perlu diingatkan dalam 19 parti yang bergabung PKR dan DAP mempunyai jumlah kerusi Parlimen paling banyak. Inilah antara perkara pokok yang sepatutnya dibincangkan dalam konvensyen itu dan bukan hanya membincangkan bagaimana untuk mengekalkan kerajaan Perpaduan yang dilihat sudah mula menguntungkan dasar perjuangan DAP serta PKR,” katanya.

Tambahnya, sehari selepas konvensyen tersebut terdapat laporan menyatakan Kementerian Dalam Negeri serta kerajaan Malaysia telah menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan penganut Kristian boleh menggunakan Kalimah Allah dan tiga perkataan Arab dalam penerbitan bahan agama mereka.

“Selama ini UMNO dan orang Melayu Islam menentang keras penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Kristian namun sekarang ia dibenarkan oleh kerajaan Perpaduan.

“Dimanakah suara penentangan pemimpin UMNO kini? Apakah ini semua satu suasana baru bagi Malaysia dan rakyatnya?” soalnya.

Katanya, suara penentangan dari UMNO yang membawa suara orang Melayu Islam seolah-olah sudah dibisukan.

“Jadi, siapa yang untung,” soalnya lagi.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo