NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Khalid Samad mahu ajar fakta salah sejarah Islam

Khalid Samad mahu ajar fakta salah sejarah Islam

Khalid Samad cuba dengan begitu bersungguh-sungguh untuk mengalih isu. Dia sudah malu sebab kerana kenyataan dialah, maka Timbalan Presiden Pan, Datuk Seri Salahuddin Ayub, terpaksa buat muka kerang busuk, terhegeh-hegeh, muka kelat, tersengih, minta maaf kepada Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi. Sekaligus menafikan kenyataan Khalid itu adalah kenyataan rasmi Pan. Ia adalah kenyataan peribadi Khalid sahaja. Nak lawan rasuah konon, kena jeling dengan tertuduh rasuah, berpeluh minta maaf.
Demi untuk tidak dilihat sebagai tersisih daripada arus yang sedang Pan masuki sekarang iaitu mereka menjadi salah satu pendukung tegar Umno yang Presidennya sedang menghadapi 47 pertuduhan dan juga terpaksa menerima cadangan pengampunan Datuk Sri Najib, maka dia mengalihkan isu, dengan menghalakan muncung senjata politiknya kepada Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Tun Mahathir. 

Ini adalah taktik lama yang sering diguna pakai oleh politikus yang kekeringan idea. Mungkin dia ingat rakyat Malaysia semua bodoh macam penyokong PH, percaya rancangan dia.

Kata Khalid, pakatan yang cuba dibina oleh kedua Presiden PAS dan Tun Mahathir ini adalah Pakatan Ahzab, yang merujuk kepada pakatan musyrikin Mekah, Yahudi, kabilah-kabilah arab yang membenci Rasulullah serta dibantu oleh kaum munafik dari dalam Kota Madinah sendiri. Begitulah Khalid cuba untuk melabelkan pertemuan kedua tokoh politik itu. Mungkin angka 126 itu betul-betul meresahkannya.

Sebelum kita menerima jolokan nakal yang diberikan Khalid ini, baiklah kita membuat sedikit ulangkaji dengan mengambil beberapa catatan sejarah yang lalu, supaya hati kita tenang samada mahu menerima panggilan itu ataupun dengan fikiran yang lapang, menolak cadangan gelaran itu. Jadi dengan itu, kita boleh sahkan siapa dia dari kalangan Ahzab Moden itu yang sebenarnya.

Rasulullah mungkir janji

Khalid Samad pernah dalam satu perhimpunan partinya, Pan, telah secara sedar menuduh Rasulullah SAW mungkir janji dalam peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah. Rasulullah juga gagal membawa pengikut baginda masuk Mekah tahun itu. Konon dia mahu membuat persamaan tindakan PH yang ketika itu, masih gagal membuat perubahan setelah berjanji bermacam-macam, menjadi kerajaan dan didesak kuat oleh penyokong mereka.
Bising dan hingarlah negara kerana begitu berani, hanya kerana mahu melepaskan diri daripada tekanan penyokong PH, sanggup dia menggelarkan Rasulullah seorang mungkir janji. Tanpa ada rasa malu atau berdosa. Rasulullah dianggap sebagai bahan bandingan perkara bodoh yang dia dan PH lakukan. 
Sama juga dengan salah seorang lagi rakannya, Maszlee Malik yang mendakwa Rasulullah akan meletak jawatan jika masih ada lagi sekarang. Maszlee kemudiannya menjadi pelakon yang meng'apam'kan Vanidah Imran. Hanya munafik dan kafir sahaja yang berani menjadikan Rasulullah objek bandingan kejahatan mereka.

Dalam PH, mereka berbangga dengan laporan bahawa mereka telah berjaya mengurangkan cabutan judi daripada 22 kepada lapan sahaja. Tetapi dalam masa yang sama, tidak pernah sekali membandingkan penghapusan judi secara total di semua negeri pimpinan PAS. Mereka rasa bangga kurangkan, tetapi bacul untuk hapuskan. Judi adalah tujuh dosa besar yang dimurkai Allah dan Rasulullah. Ia ada dalam negeri Pakatan Harapan. Lebih aneh, kutipan judi lapan kali itu lebih banyak jumlahnya berbanding 22 kali itu serta cukai judi tiada kenaikan. Pelikkan?
Khalid Samad juga pernah mengangkat tangan, melakukan seperti upacara memohon restu dari ayam, ketika dia bersama pimpinan DAP dalam lakonan menyambut Tahun Baru Cina, tahun ayam suatu ketika dahulu. Tindakan melakukan sesuatu yang menyerupai sesuatu kaum, adalah dilarang Rasulullah kerana si pelaku akan termasuk sebagai kalangan kaum itu juga. Lebih bahaya lagi jika ia boleh menggugat akidah. 

Kata beliau, ia bukan acara keagamaan, tetapi sebagai tanda gembira, konon mahu tangkap Na Ji, iaitu ayam yang hampir sebutan dengan Najib. Sekarang PH nak keluarkan semula Na Ji tu? Dan apa keperluan orang Islam buat sebegitu. Mengelirukan.

October Fest

Khalid Samad yang setakat diketahui seorang Islam, begitu tegar mempertahankan October Fest, satu majlis keraian meminum arak yang budaya asalnnya datang dari negara Jerman. Ia disokong kuat oleh golongan kafir daripada DAP. Arak juga termasuk dalam dosa besar yang disebut dalam al-Quran akan betapa ia merosakkan manusia. Tetapi Khalid, konon atas nama kesederhanaan, masuk campur bersetuju, sedangkan arak bukan urusan dia.
Khalid sekarang cuba membuat naratif lain berkenaan kesan ekonomi, kononnya kerana pakatan Tun dan Presiden PAS dan serangan pembangkang, ekonomi Malaysia merudum, pelabur lari kerana sering diserang musuh politik PH. Padahal ekonomi semenjak PH-BN menang November lalu, tidak ada apa yang boleh dibanggakan. Semalam, indeks KLSE jatuh kerana kadar OPR baharu yang diumumkan naik. Ia berkebetulan dengan pertemuan dua tokoh itu. Senanglah kerja, bila ekonomi jatuh, pembangkang disalahkan, sedangkan 'pembangang' yang memerintah itu tidak pandai mentadbir.

Khalid juga adalah salah seorang insan yang bersetuju memberikan royalti petroleum sebanyak 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak, jika menang PRU. Dan apabila menang, ia mahu disekat, terutamanya di Kelantan dan Khalid diam atas pemungkiran janji itu. Mungkir janji adalah salah satu ciri munafik.

Cukuplah dahulu bukti yang anda sendiri walau sebodoh manapun, boleh fikirkan golongan manakah yang sebenarnya Ahzab Moden, kecuali anda penyokong PH, tak dapatlah saya menolong. Janji bulan dan bintang manifesto, akhirnya ke laut. Bukan tidak mampu, tetapi sengaja merapu. Belum lagi kita bincang isu berkenaan harga minyak yang boleh kita tengok berulang-ulang janji dan berdegarnya pidato mereka dalam media sosial. Hal nak hapuskan rasuah? Cukuplah, nanti termuntah pula kita kerana terkenang.

Elok sangatlah kalau Tun dan Tan Sri Presiden PAS bersatu di bawah pakatan yang Khalid gelarkan Ahzab itu, untuk menjatuhkan pakatan Ahzab yang original yang mana PH menjadi ahlinya. Harapnya berlaku pada 16 September tahun ini, sebagai langkah nostalgia 13 tahun lalu. Pastinya Datuk Seri Najib tersenyum jika ia benar berlaku, kenangan klasik. Mungkin Najib terfikir, tak keluarpun tak apa, janji puashati tengok 16 September betul-betul terjadi, dah lama tunggu.

Mohd Nasir Abdullah
4 Mei 2023

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo