NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ketua Umno Pasir Salak dilantik pengerusi HDC

Halal Development Corporation (HDC) mengumumkan pelantikan Ketua Umno Bahagian Pasir Salak, Khairul Azwan Harun sebagai pengerusi baharu agensi itu. (Gambar Bernama)



PETALING JAYA: Ketua Umno Bahagian Pasir Salak, Khairul Azwan Harun, dilantik sebagai pengerusi baharu Halal Development Corporation (HDC).

Pelantikan Khairul atau lebih dikenali sebagai Azwan Bro itu diumumkan HDC melalui hantaran di Facebook agensi tersebut.

“Sekalung tahniah buat Khairul Azwan Harun atas pelantikan sebagai pengerusi Halal Development Corporation (HDC).

“Semoga dengan kepakaran, pengetahuan dan pengalaman Khairul, tadbir urus HDC dapat diperkukuhkan dan kontribusi dapat diberikan pada peningkatan daya saing industri halal di Malaysia hingga ke tahap yang lebih tinggi,” kata kenyataan itu.

HDC adalah agensi kerajaan bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti).

Khairul adalah lantikan politik terbaharu melibatkan parti dalam kerajaan perpaduan sejak ia berkuasa.

Dalam tempoh beberapa minggu lalu, beberapa pelantikan politik diumumkan, termasuk membabitkan pemimpin Amanah ke dalam badan berkanun bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan diterajui Mohamad Sabu.

Mohamad, yang juga presiden Amanah, mempertahankan keputusan itu dengan berkata, pelantikan tersebut tidak bermotifkan politik tetapi mengambil kira reputasi dan penglibatan individu berkenaan dalam masyarakat.

Pada 11 Mei lalu, Naib Ketua Wanita Umno Norliza Abdul Rahim dilantik sebagai pengerusi baharu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Beberapa hari sebelum itu, Ahli Parlimen Julau Larry Sng dilantik sebagai pengerusi Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo