NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan sumbang RM1.48 juta misi mencari Muhammad Hawari di Everest

Chef De Mission Misi Pendakian Everest, Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor bercakap pada sidang media pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 24 MEI 2023.

KUALA LUMPUR – Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan menghulurkan sumbangan RM1.46 juta bagi misi mencari dan menyelamat pendaki Muhammad Hawari Hashim, 33, yang masih hilang di pergunungan Everest.

Sumbangan diserahkan kepada Timbalan Presiden Eksplorasi Altittud, Murshid Maktar di bangunan Parlimen hari ini.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, dana tersebut bagi misi mencari selama kira-kira lima hari sehingga 28 Mei ini.

Kawasan pendakian di Gunung Everest akan ditutup pada 29 Mei berikutan perubahan cuaca yang berbahaya kepada sebarang aktiviti manusia.

“Saya dimaklumkan pergunungan akan ditutup pada 29 Mei jadi kita akan ada sampai 28 Mei. Pada tarikh ini semua pihak perlu turun (dari pergunungan Everest).

“Kita tidak boleh meneruskan misi mencari ini selepas 28 Mei disebabkan faktor cuaca yang boleh menyebabkan keadaan bahaya kepada pihak yang terlibat.

“Kita masih berfikiran positif bahawa Muhamamd Hawari masih hidup dan beliau selamat,” kata Nagulendran dalam sidang media.

Nagulendran berkata, misi itu melibatkan pencarian melalui udara menggunakan helikopter dan pencarian darat melalui enam sherpa profesional yang telah diupah.

Kawasan pencarian telah ditambah meliputi kawasan pendakian meliputi kawasan Tibet.

Sementara itu Chef De Mission Misi Pendakian Everest, Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor berkata, Muhammad Hawari hilang selepas berjaya menjejakkan ke kemuncak Gunung Everest pada 18 Mei pukul 3.30 petang waktu tempatan.

“Hawari seorang yang pekak dan berjaya sampai ke kemuncak pada 18 Mei. Dia kemudian turun ke Kem 4 dan berehat tetapi malam itu entah apa pemikiran dia, sebab di kemuncak yang tinggi pemikiran dan minda kita berubah.

“Dia telah keluar dengan sendirinya dan kita tidak dapat pasti ke mana dia. Persoalan kenapa dia keluar malam itu. Dia tahu cabaran di Everest. Dia kata nak turun ke Kem 3, sherpa suruh tunggu namun dia keluar sendirian dan tidak dapat dikesan,” kata Muhammad Salleh.

Menurut Muhammad Salleh terdapat banyak kesukaran dalam misi mencari dan menyelamat terutama cuaca sejuk yang boleh mencecah negatif 20 darjah selsius.

Kawasan pergunungan itu juga sering dilanda dengan angin kencang dan kurangan oksigen yang memerlukan pemakaian tangki oksigen selepas Kem 3 iaitu lebih kurang 7,500 kaki.-MalaysiaGazette





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo