Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, walaupun menubuhkan SPV, pelaksanaan projek pembinaan lima buah LCS itu akan terus dipantau melalui Project Monitoring Committee (PMC).
“Perolehan itu penting bagi meningkatkan keupayaan armada selaras dengan Pelan Transformasi 15 to 5 TLDM untuk memelihara kedaulatan perairan negara. Kementerian bersama TLDM dan BNSSB akan memberi tumpuan sepenuhnya bagi memastikan projek LCS berjaya disempurnakan.
“PMC dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan di samping pelaporan dan pembentangan secara berjadual kepada Jemaah Menteri,” katanya selepas menyaksikan pemeteraian Perjanjian Kontrak Tambahan Keenam di sini, hari ini.
Kontrak yang ditandatangani sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA ‘23) menyaksikan Kementerian Pertahanan diwakili Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Muez Abd. Aziz, manakala BNSSB diwakili Pengerusinya, Datuk Ahmad Nazim Abd. Rahman.
Tambah Mohamad, pelaporan berkala kepada Parlimen melalui Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) juga akan diberikan sekurang-kurangnya tiga bulan sekali supaya kemajuan projek LCS dapat dipantau bersama oleh semua pihak.
“Ini perlu untuk kita memastikan supaya hasrat untuk meneruskan pembinaan LCS ini dapat dicapai dan berjaya sepertimana yang dikehendaki oleh pihak TLDM dan juga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
“Projek ini akan bermula sekarang selepas kita tandatangan ini dan kita berharap supaya kapal pertama akan dapat disiapkan pada November 2024 dan seterusnya akan dapat ditauliahkan setahun (kemudian) atau pada 2026 setelah lulus ‘Harbour Acceptance Test’ dan ‘Sea Acceptance Trial’,” katanya. –UTUSAN
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment