NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kenapa sita akaun Bersatu selepas Dewan Rakyat diberitahu tiada bukti dana judi?

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.




Bersatu mempersoalkan langkah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita dua akaun parti tersebut sebelum ini walhal tiada pendakwaan atau siasatan yang membuktikan wujudnya dana daripada sumber yang tidak sah.

Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata jawapan yang diberikan di Dewan Rakyat baru-baru ini secara jelas membuktikan tiada kesalahan yang dilakukan parti tersebut dalam isu melibatkan dana parti dan tidak sepatutnya SPRM mengambil tindakan menyita dua akaun mereka.

“Oleh itu, sewajarnya akaun Bersatu dibebaskan kerana parti kami tidak menghadapi apa-apa tindakan mahkamah.

“Parti juga adalah entiti berbeza daripada presiden parti yang berdepan kes di mahkamah.

Jadi secara logiknya, kenapa akaun parti yang perlu disita dan apa dosa ahli BERSATU dalam masalah ini?,” katanya dipetik laporan BH.

Faizal terdahu menghadiri Majlis Sembang Santai Pesanan Menuju PRN Kelantan.

Hadir sama, Pengerusi Badan Perhubungan Bersatu Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri yang juga Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan berkata, dakwaan Perikatan Nasional (PN) memperoleh dana politik daripada syarikat berkaitan perjudian bagi membiayai perbelanjaan pilihan raya adalah fitnah dan tuduhan serius.

Terdahulu di Parlimen, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dalam jawapan bertulis memberitahu siasatan oleh SPRM tidak dapat membuktikan dakwaan parti PN menerima dana daripada syarikat perjudian untuk berkempen dalam PRU-15 lalu.

Susulan kenyataan itu, pemimpin pembangkang bertali-arus mendesak Anwar membuat permohonan maaf atas dakwaannya sebelum ini.

Untuk rekod, SPRM pada April lalu mengesahkan langkah menyita dua akaun Bersatu yang dibekukan sebelum ini.

SPRM dalam satu kenyataan menjelaskan akaun tersebut disita pada 11 April selepas mengemukakan perintah mengikut Seksyen 50 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001).

Dalam perkembangan lain, Faizal berkata, PN dalam proses memuktamadkan pembahagian kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

“Calon baharu juga akan diketengahkan termasuk daripada Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) dan Srikandi, termasuk yang pernah berkhidmat untuk kerajaan.

“Saya bangga dengan pengundi muda yang bertanggungjawab keluar mengundi dan memilih PN untuk dijadikan kerajaan.

“Bagaimanapun, saya percaya anak muda faham dan akan meneruskan perjuangan ini pada pilihan raya akan datang supaya kita dapat menjadi kerajaan,” katanya.


Sumber I Agenda Daily 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo