Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, usaha itu diterjemahkan menerusi Pembangunan Rancangan Kawasan Khas (RKK) Bandar Dato’ Bentara di kawasan seluas 4,000 ekar.
Katanya, pembinaan Pusat Pengumpulan dan Pemprosesan Biojisim Kelapa Sawit merupakan teknologi mesra alam bagi menjadikan Kelantan sebagai peneraju industri hijau.
“Projek ini yang dibangunkan berdasarkan konsep lestari, sifar sisa dan teknologi bersepadu mampu membentuk kitaran ekonomi hijau mampan sebagai nilai tambah kepada kita.
“Melalui usaha ini akan memberi kesan kepada pembangunan Kelantan sebagai peneraju utama terhadap pembangunan industri hijau dan teknologi mesra di Malaysia,” katanya pada majlis perasmian RKK Bandar Dato’ Bentara Gua Musang serta Pusat Pengumpulan dan Pemprosesan Biojisim Kelapa Sawit di Kampung Panggung Lalat di sini semalam.
Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah; Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Nazran Muhammad, anggota-anggota Exco, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan Abdul Rashid Mohd Yusoff dan Pengarah Urusan Nextgreen Global Berhad Dato’ Lim Thiam Huat.
Ahmad juga berkata pembangunan kawasan itu turut melibatkan pembinaan kilang baja organik, kilang pengeluaran makanan haiwan dan kilang pulpa yang menawarkan 5,000 peluang pekerjaan.
Selain itu RKK mempunyai kawasan pelancongan agro dan pertanian majmuk mengandungi tanaman nangka madu, kelapa serta herba antaranya seperti kacip fatimah dan tongkat ali.
Menurutnya, ia merupakan langkah proaktif kerajaan bagi memastikan kebergantungan bekalan luar dapat dikurangkan serta sebagai persediaan untuk hadapi sebarang kemungkinan.
“Pembangunan kawasan industri di Bandar Dato’ Bentara yang melibatkan pembinaan kilang baja dan makanan haiwan serta pertanian mampu meningkatkan bekalan dan pengeluaran makanan.
“Ini supaya kita dapat mengurang kebergantungan bekalan dari luar selain memastikan negeri ini mempunyai daya tahan yang kukuh dalam mendepani krisis bekalan dan sekuriti makanan,” katanya. – HARAKAHDAILY 19/5/2023
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment