NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kalimah Allah: Tak cerdik pertahan kes yang tak akan menang, kata PM



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan tetap membawa kes kalimah Allah itu ke mahkamah meski mengetahui tidak akan memenanginya adalah suatu tindakan tidak cerdik.

Beliau yang mempertahankan keputusan kerajaan menarik rayuan berhubung keputusan penggunaan kalimah Allah berkata kerajaan bersedia menerima pandangan namun beliau memberi amaran agar tiada yang cuba menabur fitnah.

“Isu soal tidak rayu itu adalah berkaitan dengan Sarawak, ia sudah dimuktamadkan pada 1986. Kita nak bawa ke mahkamah tapi tahu memang tiada kes untuk menang, tak cerdiklah nama itu.

“Tapi, kita nak tunjuk kita harus tegas dan tidak bertolak ansur kerana kita Islam. Islam pun guna fakta, guna dasar keputusan.


“Ini bukan keputusan saya, tapi keputusan Raja-Raja dan keputusan kerajaan dari dulu, termasuk semasa parti lain yang memerintah. Dua tiga tahun yang lalu, dia tak ubah pun, tiada perubahan sama sekali, jadi (adakah) kita harus dikecam kerana tidak bertegas?” katanya.

Isnin lalu kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 2021 yang membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang penganut agama Kristian dari Sarawak, Jill Ireland untuk menggunakan kalimah Allah dalam pembelajaran agamanya.

Notis pemberhentian rayuan itu difailkan pada 18 April lalu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya.

Pada 10 Mac 2021, Hakim Nor Bee Ariffin memutuskan kalimah Allah boleh digunakan dalam penerbitan bahan agama Kristian bagi tujuan pembelajaran namun tertakluk pada syarat-syarat tertentu.

Dalam keputusannya, Hakim Nor Bee berkata arahan KDN pada 5 Disember 1986 bahawa larangan penggunaan kalimah ‘Allah’, ‘Baitullah’, ‘Solat’ dan ’Kaabah’ ke atas orang bukan Islam menyalahi undang-undang dan tidak rasional.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo