NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

JPJ akan laksana lebih banyak inisiatif pendigitalan

ANTHONY Loke Siew Fook memeriksa kawalan kehormatan pada Majlis Sambutan Hari JPJ Ke-77 di Seremban hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.


SEREMBAN: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan lebih banyak inisiatif pendigitalan dalam usaha meningkatkan kualiti penyampaian dan perkhidmatannya kepada rakyat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, memang menjadi hasrat jabatan berkenaan untuk melaksanakan pendigitalan penuh dalam setiap perkhidmatannya namun mengakui ia akan mengambil masa.

“Ia akan mengambil masa sebab ada banyak sistem yang perlu diintegrasikan, seperti kita nyatakan, ada Pelan Strategik Pendigital JPJ 2021-2025 jadi pelan ini libatkan lima tahun, sekarang 2023 dan kita telah pun ada beberapa inisiatif yang diumumkan.

“Dalam masa dua tahun yang akan datang ini, banyak lagi inisiatif pendigitalan yang akan dilaksanakan oleh JPJ termasuk penguatkuasaan yang akan ke arah digital,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari JPJ Ke-77 di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Jana Santhiran Muniayan dan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim.

Ketika berucap pada majlis itu, Siew Fook menambah, konsep pendigitalan akan diaplikasikan ke dalam strategi penguatkuasaan yang lebih holistik.

“Buktinya, semasa Op Hari Raya Aidilfitri 2023, JPJ telah menggunakan dron untuk mengesan pesalah yang melanggar peraturan lalu lintas.

“Penggunaan Enforcement Action Camera (EAC) dan Smart Enforcement Device(SmED) yang memfokuskan kepada Operasi Tanpa Sentuh JPJ (Camera Go-Pro) serta teknologi sistem High Speed Weigh-in-Motion juga terus dipergiatkan untuk meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan JPJ,” katanya.

Sementara itu, pada majlis tersebut, beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban turut melancarkan beberapa inisiatif baharu yang diperkenalkan JPJ iaitu e-Book Kurikulum Pendidikan Pemandi (KPP), JPJeID, JPJ Mobile dan Nombor Pendaftaran Kenderaan (FF).

“JPJ akan mengeluarkan nombor pendaftaran kenderaan Siri FF sebagai tanda signifikan Sambutan Hari JPJ Ke-77 hari ini. Siri FF ini akan dibuka bidaan selama lima hari secara dalam talian di Sistem JPJeBid bermula 14 Mei dan berakhir 18 Mei 2023 pada pukul 10 malam,” katanya.-UTUSAN.



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo