Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos disaman sebanyak RM1 juta, menurut laporan Malaysiakini.
Saman fitnah itu dikemukakan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang difailkan di di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 Mei lalu.
Menurut laporan media, saman fitnah itu melibatkan tindakan Jamal mengadakan sidang media semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur pada 14 Januari lalu.
Ketika sidang media itu, Jamal dilaporkan berkata akan membuat aduan kepada lembaga disiplin UMNO terhadap Khairy berhubung dakwaanya ada usaha untuk membawa “pengundi hantu” ke perhimpunan itu.
Kemudian, pada 27 Januari, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan mengumumkan Khairy dan beberapa pemimpin lain dipecat berhubung tuduhan melanggar disiplin parti ketika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Menurut salinan pernyataan tuntutan saman itu yang dilihat portal itu, Khairy antara lain mendakwa kenyataan Jamal ketika sidang media itu membayangkan dia sebagai individu yang tiada integriti dan kewibawaan sebagai pemimpin dan terlibat dengan rasuah untuk menimbulkan perpecahan dalam kalangan anggota UMNO demi kepentingan peribadi.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment