NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jalaluddin sedia tanding kerusi DUN



SEREMBAN: Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias sedia bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi jika diarahkan oleh kepemimpinan parti.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan itu berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk membuat keputusan muktamad mengenainya.

“Keputusan untuk menentukan calon dan kerusi mana yang akan ditandingi akan dibuat oleh Presiden parti.

“Kalau saya diperlukan untuk bertanding dalam PRN insya-Allah saya sedia bertanding, begitu juga sebaliknya,” katanya kepada para pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pertubuhan Pesara Kerajaan Malaysia (Kupekmas) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas desas desus bahawa beliau akan bertanding kerusi DUN dalam PRN datang sekali gus diberikan tanggungjawab lebih besar di peringkat negeri.

Untuk rekod Jalaluddin adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Jalaluddin menarik perhatian, perkara yang penting ketika ini ialah memastikan kemenangan dalam PRN akan datang dengan melipat ganda gerak kerja mendekati para pengundi.

“Berapa jumlah kerusi yang ditandingi mesti dipastikan menang dan naratif ini telah disampaikan kepada semua kepemimpinan peringkat bahagian untuk diambil tindakan.

“Bermula bulan ini tiada lagi istilah rehat sebaliknya bekerja keras dalam usaha mendapat keputusan yang boleh mengekalkan kestabilan kerajaan dan meneruskan pembangunan,” ujarnya.

Mengenai agihan kerusi yang dipertandingkan, beliau memberitahu, tiada pertindihan akan berlaku antara calon Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

“Kami sudah mencapai semangat kerjasama antara BN dan PH sama seperti di pusat. Pembahagian di peringkat negeri telah selesai dan kini diserahkan kepada pusat untuk membuat keputusan,” katanya.-UTUSAN.




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo