Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan bidas Anwar berhubucng isu dana judi. |
Datuk Seri Anwar Ibrahim secara terang-terangan membuat fitnah besar terhadap Perikatan Nasional (PN) selepas dibuktikan tiada dana judi yang masuk ke akaun parti, kata Datuk Wan Saiful Wan Jan.
Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu berkata ternyata Perdana Menteri (PMX) membuat fitnah besar yang amat dasyat terhadap PN sebelum ini, malah lebih kesal Anwar tidak meminta maaf dan menarik balik kenyataannya itu sehingga hari ini.
“Pada 5 Disember 2022, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim tuduh PN terima dana PRU (Pilihan Raya Umum) dari syarikat judi.
“Hari ini (semalam), melalui jawapan Menteri Kerajaan Anwar Ibrahim sendiri mengesahkan tiada bukti PN terima dana syarikat judi.
“Lima bulan berlalu untuk kerajaan ini hasilkan imej dan persepsi buruk terhadap PN. Ini terang-terang fitnah besar dan dahsyat sekali! Kerajaan PH-BN (Pakatan Harapan-Barisan Nasional) ini cuba menafikan kebangkitan gelombang rakyat pada PRU-15,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Wan Saiful berkata PH-UMNO sengaja merancang strategi fitnah untuk mencipta persepsi buruk terhadap PN dan pemimpin gabungan itu.
“Apa lagi lakonan yang mahu dimainkan oleh kerajaan ini, selain ajak pelajar sekolah dan penjawat awam tonton filem sendiri yang gah sangat itu.
“(Selain) terus-menerus tidak peduli rintihan suara rakyat, kos sara hidup dan ekonomi tak stabil. Rakyat masih tak lupa janji nak turunkan harga petrol RM1.50.
“Ayuh, kita bangkit dalam PRN akan datang. Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, kita try (cuba) kalih (ubah),” ujarnya lagi.
Semalam media melaporkan, siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak dapat membuktikan dakwaan bahawa PN menerima dana daripada syarikat perjudian untuk berkempen dalam PRU-15.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, SPRM sudah menjalankan kajian terperinci berkaitan maklumat berkenaan.
Bagaimanapun, SPRM mendapati maklumat terlalu umum dan tiada pihak yang boleh mengesahkan isu ini.
“Justeru, tiada apa-apa fail siasatan dibuka ke atas isu ini,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment