Untuk pengetahuan para walanon sekalian, Tuan Guru Presiden istiqamah dari awal lagi bagi menyatukan politik Melayu Islam. Sejak dari saya bersama PAS saya melihat usaha Tuan Guru dalam menyatukan orang Melayu Islam.
Bermula dari Piagam Muafakat Nasional bersama Umno pada 14 September 2019 sehingga pendaftaran PERIKATAN NASIONAL pada 14 September 2020. Tujuannya adalah memastikan kuasa politik orang Melayu Islam dapat disatukan dan membentuk kuasa politik yang besar.
Tidak seperti sekarang Melayu dan Islam berpecah kepada beberapa kumpulan. Namun golongan bukan-Islam majoritinya bersatu di bawah Pakatan Harapan. Akhirnya pengundi bukan-Islam menjadi penentu kemenangan di kerusi campuran.
Kini alhamdulillah dengan usaha Tuan Guru, sebahagian besar pengundi Melayu Islam sudah bersama PERIKATAN NASIONAL dan gabungannya. Ini sangat dibimbangi oleh Pakatan Harapan. Mereka yang hanya bergantung harap pada pengundi bukan-Islam, dijangka akan tewas teruk dalam PRN 6 buah negeri akan datang.
Jadi tidak hairan dalam sebulan dua menuju PRN pelbagai saraf dan fitnah akan keluar bagi memecahkan sokongan kuat pengundi Melayu Islam serta gabungan parti-parti berteraskan Melayu Islam. Abaikan sahaja dan teruskan menyokong PERIKATAN NASIONAL.
Salam 126.
NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF – HARAKAHDAILY 5/5/2023
Sumber Asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0zRj6tEWY9dSS8tpVfhMuhR8tC4w4QLCrAf3QsJNAaQsSrkutLD65ANUnDSAoE7ZGl&id=650875906&mibextid=Nif5oz
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment