Raisi yang dalam rangka hari kedua di Syria, lawatan pertama seumpama itu ke sekutu rapat Tehran dalam lebih sedekad perang berkata, Iran sudah lama memberikan sokongan logistik dan ketenteraan kepada banyak puak yang memerangi musuh ketatnya Israel, termasuk beberapa kumpulan Palestin tetapi juga Hizbullah yang berkuasa di Lubnan – sekutu utama Damsyik, lapor IRNA.
Israel telah melakukan beratus-ratus serangan udara terhadap logistik ketenteraan yang disokong Iran di Syria sejak konflik meletus pada tahun 2011.
Walaupun ia jarang mengulas mengenai serbuan itu, namun Israel telah berulang kali memberi amaran bahawa ia tidak akan membenarkan Iran melanjutkan jejaknya di utara negara jirannya yang dilanda perang itu.
Semasa pertemuannya di Damsyik dengan dilabelkan IRNA, sebagai ‘komander penentangan tindak balas Palestin’, Raisi merayu pasukan penentang dunia Islam untuk bersatu menentang keangkuhan dan kejahatan Israel khususnya di bumi Palestin.
“Perpaduan pasukan penentang di rantau dan dunia Islam adalah perlu untuk mempercepatkan kekalahan dan kejatuhan rejim zionis Israel,” tegas Raisi.
“Republik Islam sentiasa melihat isu kekejaman Israel terhadap Palestin sebagai keutamaan dalam dasar luarnya, dan kami percaya itulah juga takrifan am dunia Islam,” katanya dipetik daripada laporan IRNA.
Lawatan dua hari Raisi ke Syria itu dilakukan beberapa minggu selepas Iran dan Arab Saudi bersetuju untuk memulihkan hubungan, mendorong ibu kota serantau untuk terlibat semula dengan kerajaan terpencil antarabangsa di Damsyik dan Tehran.
Iran sudah lama menyokong Damsyik dengan bantuan ekonomi dan ketenteraan, membantu kerajaan Syria merampas kembali sebahagian besar wilayah yang hilang pada permulaan konflik.
Republik Islam itu kini meletakkan dirinya dalam peranan utama ketika Presiden Syria, Bashar al-Assad berusaha untuk memberi tumpuan kepada pembinaan semula Syria, walaupun kedua-dua negara kekal di bawah sekatan Barat.
Raisi, yang tiba bersama delegasi peringkat tinggi peringkat menteri, turut menandatangani memorandum persefahaman mengenai kerjasama strategik jangka panjang, meliputi bidang termasuk dalam minyak, penerbangan, kereta api dan pertanian.
Beliau berkata pada hari Rabu bahawa Iran akan ‘berdiri bersama-sama saudara Islam, Syria’ dalam bidang pembangunan dan kemajuan negara itu.
Presiden Iran terakhir yang melawat Damsyik ialah Mahmoud Ahmadinejad pada September 2010; manakala Assad telah secara rasmi melawat Tehran dua kali sejak perang meletus, kali terakhir pada Mei 2022. – HARAKAHDAILY 5/5/2023
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment