NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hujan lebat diramal landa Arab Saudi sehingga Khamis ini

KEBANYAKAN kawasan di Arab Saudi diramalkan dilanda hujan lebat serta angin kencang bermula semalam hingga Khamis ini.


RIYADH: Pihak berkuasa Arab Saudi mengingatkan orang ramai termasuk jemaah haji berhati-hati susulan keadaan cuaca tidak menentu yang boleh mencetuskan hujan lebat dan ribut di seluruh negara.

Agensi berita SPA melaporkan, keadaan cuaca tersebut diramal berlaku bermula semalam sehingga Khamis ini.

Direktorat Am Pertahanan Awam menyatakan, wilayah Mekah bakal dilanda hujan lebat berserta angin kencang dan keadaan itu juga dijangka berlaku di Taif, Maysam, Adham, al-Khurmah, al-Ardiyat, Turbah, Rani dan al-Muwiyah

Selain itu, keadaan hujan dan angin kencang juga dijangka mencetuskan ribut pasir di Riyadh dan kawasan sekitarnya.

Wilayah timur dan Qassim turut berdepan dengan keadaan cuaca yang sama dan pihak berkuasa mengingatkan orang ramai supaya kurangkan aktiviti luar apabila hujan lebat melanda.

Madinah juga tidak terlepas daripada ramalan hujan lebat dan ribut sepanjang tempoh tersebut.

Direktorat menerusi kenyataan menegaskan masyarakat menjauhi kawasan sungai dan lembah apabila hujan lebat berikutan dikhuatiri boleh menyebabkan insiden tidak diingini berlaku.

“Kepada orang ramai, jauhi kawasan berisiko ketika cuaca menjadi tidak menentu supaya tidak berlaku insiden buruk.

“Keadaan ini mungkin berlaku selama beberapa hari, namun langkah berwaspada masih perlu diambil,” jelas badan tersebut.

Jemaah haji dari seluruh dunia mula tiba di tanah suci pada awal bulan ini bagi melakukan ibadah tersebut dengan kemuncak haji dijangka pada hujung bulan depan.

Arab Saudi sebelum ini dilanda musim panas dengan suhu setinggi 50 darjah Celsius sebelum berubah kepada musim hujan.


Sumber I UTUSAN








........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo