NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Hassan persoal kerajaan tarik balik rayuan, adakah Majlis Raja-Raja dirundingi?

Ahli Parlimen PKR Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.


Tindakan kerajaan campuran berhubung keputusan menarik balik rayuan mengenai penggunaan Kalimah Allah dalam kitab agama selain Islam terus dipersoalkan.

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mempersoalkan sama ada keputusan dibuat kerajaan itu sudah dirundingi dengan pihak Majlis Raja-Raja Melayu dan kerajaan perlu memberi penjelasan yang segera bagi meredakan kegelisahan umat Islam.

“Adakah Majlis Raja-Raja Melayu telah dirundingi dan persetujuan Raja-Raja telah diperolehi sebelum rayuan ditarik balik?

“Jawapan dan penjelasan dari Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri adalah sangat penting dalam meredakan kegelisahan masyarakat Islam sekarang,” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Bekas Menteri Agama, Datuk Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri sebelum ini berkata keputusan membuat rayuan tersebut sebelum ini diputuskan oleh kerajaan bagi menjunjung titah Sultan Selangor dan Johor.

Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kerajaan Malaysia dilaporkan telah menarik balik rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi pada 2021.

Notis pemberhentian difailkan Jabatan Peguam Negara pada 18 April baru-baru ini.

Tegas Hassan lagi, persoalan mengenai keputusan dibuat oleh kerajaan juga boleh dipersoalkan memandangkan isu melibatkan agama Islam melibatkan Majlis Raja-Raja Melayu.

“Kes rayuan ke Mahkamah Rayuan difailkan oleh Kerajaan Persekutuan yang terdahulu pada 12 Mac 2021. Apa rasional rayuan ini ditarik balik oleh Kerajaan Persekutuan sekarang?

“Adakah keputusan menarik balik rayuan tersebut dibuat secara yang betul, berniat baik, tidak menyalahi Undang-undang pentadbiran?

“Tidakkah peruntukan Undang-undang Perlembagaan Persekutuan berkenaan kedudukan Agama Islam terletak dalam bidang kuasa Majlis Raja-Raja Melayu?” soalnya lagi.


Sumber I Agenda Daily 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo