Penduduk melihat pokok sawit yang dimusnahkan gajah di Felda Cherul, Hulu Kemaman semalam. |
KEMAMAN – Penduduk Felda Cherul, Hulu Kemaman di sini keresahan apabila ladang dan kebun mereka semakin kerap dicerobohi sekumpulan gajah sejak akhir-akhir ini.
Mereka percaya cuaca panas menjadi punca kumpulan gajah sering memasuki kawasan kebun dan ladang bagi mendapatkan sumber makanan dan air.
Seorang pekerja ladang, Zainal Zori, 35, berkata, kebetulan kebanyakan kebun dan ladang penduduk kampung terletak berhampiran kawasan sungai.
“Gangguan gajah ini sebenar sudah berlarutan sejak dua tahun lalu, tetapi semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.
“Kumpulan haiwan liar itu biasanya muncul pada lewat petang dan malam dengan merosakkan banyak tanaman penduduk seperti kelapa sawit dan pisang,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Zainal berkata, dalam serangan terbaharu beberapa hari lalu, lebih 500 pokok kelapa sawit musnah dirosakkan sekumpulan gajah terbabit.
Seorang pekebun, Abdullah Isa, 40, berkata, ancaman gajah bukan sahaja menyebabkan kerugian, malah mengancam nyawa penduduk kampung.
Katanya, dia dan rakan-rakan pekebun kini takut untuk pulang lewat dari kebun dan ladang kerana bimbang terserempak dengan haiwan liar berkenaan.
“Saya pernah beberapa kali mendengar bunyi serta mengesan tapak kaki dan najis gajah di sekitar kawasan kebun.
“Justeru, saya gesa Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negeri (Perhilitan) ambil tindakan segera,” ujarnya.
Pengarah Perhilitan Terengganu, Loo Kean Seong memberitahu, pihaknya akan menghalau kumpulan gajah itu kembali ke habitat asalnya di hutan simpan berhampiran.
“Saya harap penduduk tidak mengambil tindakan sendiri menghalau gajah tersebut kerana ia amat berbahaya,” katanya.
Sumber I KOSMO! ONLINE
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment