NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Filem ‘haprak’ yang berunsur propaganda - Khairuddin

Khairuddin berkongsi gambar yang dirakam di pawagam tersebut.


Filem biopik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai filem haprak yang berunsur propaganda untuk memfitnah dan mencemarkan reputasi bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas ketua Parti Pejuang Tanah Air Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkongsi pandangannya itu usai menonton filem Anwar: The Untold Story semalam.

“Saya baru menonton filem ‘Anwar The Untold Story’ yang amat memualkan serta meloyakan.

Filem ‘haprak’ yang berunsur propaganda untuk memfitnah dan mencemarkan reputasi Tun Dr Mahathir Mohamad sekali gus mengangkat diri sendiri seperti ‘Godfather’,” kongsinya di Twitter.

Anwar: The Untold Story arahan pengarah dari Indonesia Viva Westi itu mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula semalam.

Filem dibintangi Farid Kamil yang membawa watak Anwar dan aktres Indonesia, Acha Septriasa sebagai Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu berlatarkan tempoh antara 1993 dan 1998 menceritakan perjalanan hidup Anwar sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kewangan serta perjuangannya dalam menentang amalan rasuah.

Dalam perkongsian sama, Khairuddin menyentuh soal kejanggalan dengan bahasa percakapan pelakon yang dilihatnya ‘berusaha keras’ untuk bercakap dalam bahasa Malaysia.

“Pembikinan filem tanpa proses kaji selidik berteraskan fakta yang tepat serta banyak unsur-unsur ‘misleadings.’ Tiadakah pengarah dari Malaysia untuk mengarah filem ini? Siapa yang menulis skrip filem ini?

“Dalam masa yang sama saya merasai seolah-olah menonton filem Indonesia kerana pelakon-pelakonnya ‘berusaha keras’ untuk bercakap bahasa melayu tetapi bunyinya sumbang. 99% pelakon dari Indonesia. Hampir 95% lokasi penggambaran juga di Indonesia.

“Ketika saya menonton babak ‘Reformasi’ saya fikir itu adegan tunjuk perasaan pekerja asing di Malaysia,” katanya.

Beliau juga secara sinis memberitahu filem itu memang banyak yang tidak didedahkan.

“Namun,saya hendak beri pujian pada tajuk filem ini ‘Anwar The Untold Story’ kerana memang banyak yang sesungguhnya ‘TAK UNTOLD!’,” katanya lagi.

Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo