Amirudin Shari berkata, yakin Selangor mempunyai bekalan mencukupi mendepani musim panas ketika ini. |
PETALING JAYA: Empangan Selangor mampu bertahan sehingga enam bulan jika tiada hujan disebabkan fenomena El-Nino, kata menteri besar, Amirudin Shari.
Katanya, bekalan air di empangan dan kolam takungan sedia ada mencukupi mendepani musim panas ketika ini.
“Saya yakin menjelang September ke Oktober, musim hujan akan bermula dan kadar air di empangan akan kembali stabil untuk penyaluran,” katanya menurut Sinar Harian.
Katanya, pemantauan berterusan akan dijalankan bagi memastikan bekalan air diuruskan dengan baik tanpa menjejaskan aktiviti harian rakyat dan ekonomi.
“Kita pantau setiap masa, ketika ini masih hujan dan bukan tiada hujan langsung. Selagi ada hujan, kita masih mampu bertahan,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai maklum balas daripada kenyataan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang menyenaraikan Selangor antara lapan negeri yang mudah dipengaruhi fenomena El-Nino.
Perlis, Kedah, Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, dan Johor turut disenarai berdepan fenomena itu yang akan menyebabkan cuaca kering dan panas melampau berdasarkan pengalaman kejadian El-Nino pada 2015-2016.
Menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia, kebarangkalian berlaku El-Nino adalah sekitar 57% pada bulan Jun hingga September 2023 dan meningkat kepada 62% pada September sehingga November 2023.
El-Nino berlaku akibat peningkatan suhu Lautan Pasifik secara mendadak, sekali gus akan mengakibatkan perubahan kepada sistem iklim, terutamanya peningkatan suhu di permukaan dan pengurangan jumlah taburan hujan.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment