NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DUN Terengganu dijangka bubar akhir Jun



Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu dijangka akan dibubarkan sebelum tamat penggal akhir bulan depan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Yang Dipertua DUN, Datuk Yahaya Ali berkata DUN tidak akan dibubarkan lebih awal daripada tarikh itu kerana kerajaan negeri sibuk dengan pelbagai program sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Terengganu bermula 15 Jun hingga 26 Jun.

“Tetapi yang jelas penggal tarikh akhir pemerintahan kerajaan negeri adalah akhir bulan depan,” katanya lapor BH, hari ini.

Selain Terengganu, PRN turut berlangsung di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah dan Kelantan.

Tempoh penggal berakhir di setiap negeri berbeza.

Yahaya berkata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (DUN) Rhu Rendang akan menghadap Sultan Mizan Zainal Abidin antara 27 dan 29 Jun.


Sumber I Agenda Daily 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo