NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

DAP tetap bercita-cita kepada jawatan PM

MENARIK jawapan Ong Kian Ming (DAP) ketika ditanya oleh Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan kenapa mereka perlu masuk DAP. 

Jawab Ong Kian Ming, “kerana DAP memerlukan calon Perdana Menteri, and both of you fit the bill…” 

Mungkin ada yang melihat kenyataan ini dari segi kewibawaan Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan untuk diangkat sebagai Perdana Menteri. 
Power ah Khairy Jamaluddin, sampai DAP pun nak dia jadi calon Perdana Menteri daripada DAP. 

Ini mungkin satu sudut pandangan kebanyakan kita. 
Namun, bagi aku sendiri, aku lihat jawapan Ong Kian Ming ini telah menggambarkan bahawa DAP sudah bersedia untuk duduk di kerusi Perdana Menteri. 

DAP tidak lagi mahu jadi tangga politik yang dipijak-pijak untuk diangkat orang lain sebagai nakhoda. 

Ya, calon Perdana Menteri bukan lagi daripada PAN atau PKR, tapi daripada seorang Melayu daripada DAP. 

Ini cita-cita politik DAP. 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo