Pemimpin DAP gembira berada dalam Dewan tempat berhimpunannya ahli-ahli UMNO selama ini. |
UMNO bakal menerima tempias dan kesan lebih buruk selepas mengadakan perhimpunan yang menyaksikan semua musuh politiknya berkumpul dalam dewan yang dahulunya dipenuhi dengan ahli-ahli parti sahaja.
Bagaimanapun, dewan yang menjadi tempat berkumpul ahli-ahli UMNO bertukar menjadi tempat berkumpul parti yang selama ini menjadi seteru politik mereka dan pemimpin DAP paling gembira dapat masuk ke dewan tersebut.
Semua itu berlaku atas rancangan Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO yang membuka pintu bangunan dan dewan yang selama ini menjadi tempat orang Melayu berkumpul kepada DAP dan Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun, Tan Sri Annuar Musa melihat langkah itu akan membawa kesan buruk kepada UMNO dan menjangka penolakan rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Presiden Muafakat Nasional berkata sokongan rakyat diberikan khususnya ketika UMNO bersama PAS, bukan DAP.
“Kehadiran ribuan penyokong UMNO dan Pas di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (PWTC) September 2019 telah menyemarakkan semangat jutaan rakyat sehingga UMNO meraih kemenangan dalam siri PRK dengan cemerlangnya
“Kehadiran puak sosialis, liberal, DAP ke Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini (Ahad) akan mendorong jutaan rakyat termasuk ahli UMNO akan terus meninggalkan parti itu.
“UMNO bakal ditolak rakyat dalam PRN dan PRU akan datang, Insya-ALLAH,” katanya di Facebook pada Ahad.
Pada Ahad, Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang diadakan buat julung kali hari ini di WTCKL, lokasi tempat berlangsungnya Perhimpunan Agung UMNO setiap tahun.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment