NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dakwaan terima dana judi, PAS tuntut Anwar mohon maaf



PAS menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat permohonan maaf secara terbuka susulan fitnah dan penipuan yang dilemparkan kepada Perikatan Nasional (PN) berkait dana kempen pilihan raya sebelum ini.

Ketua Penerangannya, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata jawapan dikeluarkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said kepada Parlimen semalam jelas menunjukkan Pengerusi Pakatan Harapan itu menipu.

“Kerajaan pimpinan PMX terbukti konsisten menipu. Jawapan yang diberikan oleh menteri mengenai dakwaan parti dalam PN menerima dana judi semasa kempen pilihan raya lalu bukti jelas kerajaan PH-BN pimpinan PMX menipu.

“Lontaran tuduhan itu asalnya dibuat PMX selepas beberapa minggu menerajui kerajaan, melengkapkan lagi bukti pembohongan PMX.

“Kami menggesa PMX memohon maaf secara terbuka ke atas fitnah dan penipuan yang dilemparkan kepada PN itu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Dewan Rakyat diberitahu tiada sebarang bukti ditemui bagi mengaitkan dana judi yang diterima PN semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Dalam jawapan secara bertulis itu Azalina mengesahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menemui sebarang maklumat atau bukti berhubung dana judi seperti yang pernah didakwa oleh Anwar sebelum ini.

“Justeru, tiada apa-apa fail siasatan dibuka ke atas isu ini,” katanya dalam jawapan bertulis tersebut.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari yang ingin mengetahui status siasatan terhadap dakwaan parti-parti di dalam PN mendapat sumbangan daripada dana judi ketika kempen PRU yang lepas.

Pada Disember tahun lalu, beberapa media melaporkan Anwar membayangkan sebahagian dana pilihan raya PN datang dari syarikat perjudian yang terlibat dengan cabutan khas judi.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo