NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Calon UMNO kalah PRU dilantik jadi Pengerusi MATRADE baharu

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dilantik Pengerusi baharu MATRADE.




Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dilantik sebagai Pengerusi Kesembilan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) berkuat kuasa serta-merta.

Lantikan bekas calon UMNO yang kalah dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) itu diumumkan hari ini dalam satu kenyataan rasmi selepas tidak berjawatan sejak kalah bertanding di Parlimen Kepala Batas.

Reezal Merican mempunyai rekod prestasi yang luas dalam perkhidmatan kerajaan, pernah berkhidmat sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (2021-2022), Menteri Belia dan Sukan (2020-2021), dan Timbalan Menteri Luar (2015-2018).

Selain itu, beliau mempengerusikan Amanah Raya Bhd dari 2013 hingga 2015.

“Saya berbesar hati diberi peluang berkhidmat sebagai pengerusi MATRADE.

“Dengan peranan ini, digabungkan dengan kepimpinan Menteri MITI (Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri), kami berharap dapat memacu prestasi perdagangan dan eksport Malaysia dengan lebih baik untuk kekal cemerlang dan mencapai pertumbuhan yang lebih kukuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini dipetik laporan Bernama.

Agensi itu berkata pelantikannya sebagai pengerusi akan menyumbang kepada pertumbuhan dan kepelbagaian eksport Malaysia dalam pasaran global baharu dan sedia ada.

MATRADE ialah sebuah agensi di bawah Miti dan diberi mandat untuk melaksanakan inisiatif promosi perdagangan untuk negara.

Ditubuhkan pada 1993 selepas penggubalan Akta MATRADE 1992, MATRADE melaksanakan dua aktiviti teras: pembangunan pengeksport dan promosi eksport.

Pengumuman lantikan Reezal ini menambah rekod pemimpin UMNO yang dilantik secara politik selepas PRU-15 apabila kerajaan campuran berjaya dibentuk.


Sumber I Agenda Daily



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo