Menteri Sumber Manusia daripada DAP, V Sivakumar dan pegawainya sebelum ini disiasat SPRM. |
Seorang bekas menteri DAP, M. Kulasegaran menegur Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berhubung isu melibatkan beberapa pegawainya yang terlibat dalam kes rasuah yang sedang dalam siasatan.
Kulasegaran yang pernah menjawat jawatan sama di kementerian tersebut dipetik berkata dalam portal The Vibes Sivakumar sepatutnya mengetahui punca salah seorang pembantunya dilantik itu dipecat 15 tahun lalu.
Untuk rekod, Kulasegaran berkata Sivakumar sebelum ini pernah menjadi Setiausaha Politiknya dan mengetahui punca pegawai itu dipecat.
“Jadi, apabila saya melihatnya (Sivakumar selepas pelantikan), saya bertanya kepadanya: ‘Mengapa kamu mengambil pegawai yang telah kami singkirkan? Proses membuat keputusan (dalam pelantikan) adalah salah.’
“Dia (Sivakumar) mengambil risiko yang besar. Saya terpaksa melepaskan orang itu kerana dia terlibat dalam banyak kesalahan, dan ia adalah keputusan serta-merta pada 2008,” katanya dipetik dalam wawancara portal itu.
Kulasegaran juga mengulas mengenai pilihan pegawai Sivakumar, mengatakan bahawa keputusannya mengenai perkara ini “mungkin bukan yang terbaik dibuat menteri”.
Beliau dilaporkan berkata bahawa Sivakumar mungkin terlepas pandang latar belakang individu tersebut sebelum melantik mereka.
Bagaimanapun, beliau berkata kesilapan dibuat oleh Sivakumar itu sepatutnya dijadikan alasan untuk beliau dipecat daripada jawatan menteri.
Perkara itu masih “pramatang” kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih belum mengesahkan sebarang salah laku di pihak Ahli Parlimen Batu Gajah, Kulasegaran dilaporkan berkata.
“Masih awal untuk mengambil tindakan terhadapnya kerana kini siasatan pada SPRM.
“(SPRM) perlu (akhirnya) keluar (dengan dapatan daripada siasatan) kerana ia adalah perkara yang sangat mendesak yang melibatkan pendapat dan sentimen awam dan mengganggu keseluruhan rentak kementerian,” katanya lagi.
Awal bulan ini, Sivakumar dilaporkan mengesahkan pemecatan lima pegawai daripada kementeriannya berikutan siasatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa baru-baru ini berhubung kuota pengambilan pekerja asing.
Pada 13 April, seorang pembantu kepada Sivakumar ditangkap bersama-sama ejen pengambilan oleh SPRM yang didakwa atas kuota untuk merekrut pekerja asing dan sehari kemudian seorang lagi suspek yang dikenali sebagai setiausaha sulit wanita Sivakumar turut ditahan oleh agensi anti rasuah itu.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment