NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

“Bangsa lain jangan risau. Proklamasi Orang Melayu adalah untuk kesatuan orang melayu” - Razali Idris

Razali Idris. (Gambar Bernama)


PETALING JAYA: Masyarakat bukan Melayu tidak perlu risau dengan langkah beberapa pemimpin Bersatu menyokong Proklamasi Orang Melayu yang diasaskan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, kerana ia cubaan untuk menyatukan komuniti yang berpecah, kata seorang penandatangan, Razali Idris.

Razali, yang juga ketua penerangan Bersatu, berkata mereka melihat masyarakat Melayu kini dalam keadaan berpecah dari segi politik, termasuk dalam kalangan badan bukan kerajaan yang mewakili kepentingan komuniti itu.

“Ada orang nak cuba satukan Melayu, jadi bangsa lain tak perlu iri hati. Ini bukan isu politik,” tegasnya kepada FMT, menjawab teguran seorang pemimpin parti sekutu.

Semalam, Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong, secara peribadi kecewa dengan langkah Razali serta pemimpin Bersatu lain seperti Timbalan Presiden Ahmad Faizal Azumu menandatangani proklamasi itu. Difahamkan ia ditandangan atas kapasiti peribadi. Turut menyokong proklamasi itu Presiden PAS, Hadi Awang.

Beliau menyifatkan langkah mengaktifkan gerakan berasaskan kaum sebagai tidak wajar, ketika pembangkang seharusnya bersatu membangunkan ekonomi rakyat yang semakin tertekan.

Razali menjelaskan mereka menyokong proklamasi kontroversi itu “untuk kepentingan orang Melayu”, sesuatu yang mungkin tidak difahami oleh Oh.

“Bangsa lain jangan risau. Jangan politikkan Proklamasi Orang Melayu,” katanya.

Razali menambah partinya tetap komited kepada perjuangan Perikatan Nasional, yang dibuktikan menerusi aktiviti-aktiviti gabungan yang disertai Bersatu.

“Kita dah tandatangan sertai PN, dan kita turun untuk PN,” katanya

Proklamasi tersebut belum diumumkan secara rasmi setakat hari ini.


Sumber I FMT Malaysia 






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo