Joon hadir dengan wajah seumpama lelaki Korea, dan menyampaikan dalam bahasa Malaysia pada perkongsian yang julung kali adanya. Ia turut disatukan dengan penggunaan penjanaan suara berasaskan kecerdasan buatan dalam bahasa Malaysia.
Penggunaan imej, mimik wajah, dan gerakan mulut diselarikan bersama penggunaan suara – sekaligus membolehkan penyampai berasaskan kecerdasan buatan ini dihasilkan. Selain Joon, Astro Awani juga hadir dengan penggunaan penyampai wanita seumpama orang barat, dinamakan Monica. Eksperimen ini boleh dikatakan masih awal, dan tidak mustahil dalam beberapa minggu atau bulan lagi kita akan dapat melihat penyampai berasaskan AI yang direka dengan wajah lebih menyerupai warga tempatan.
Buat masa ini, pihak Astro Awani menyatakan penggunaan teknologi kecerdasan buatan ini bukan bertujuan untuk menggantikan bakat-bakat penyampai, sebaliknya menggunakan teknologi dalam terus menambah-baik dan menguatkan kualiti produk yang dihasilkan.
- Amanz
No comments
Post a Comment