KUALA LUMPUR, 19 Mei 2023 – “Pertama, Allah mereka itu, sama ke dengan Allah kita? Allah kita Lam yalid walam yulad. Tidak beranak dan tidak diperanakkan. Adakah tuhan yang mereka nak guna itu tuhan yang tidak beranak dan diperanakkan?! Sudah tentu bukan itu maksudnya! Jadi apa tujuan sibuk nak tukar?! Sibuk-sibuk nak guna perkataan Allah pasal apa?” soal Kamal Shukri Abdullah Sani, Pengerusi Biro Pembangunan Ummah dan Komuniti, Majlis Perundingan Melayu (MPM).
Ujarnya, umat Islam harus berhati-hati dan melihat permainan-permainan halus bukan Islam terhadap golongan Muslim dan Islam.
“Sibuk-sibuk nak guna kalimah Allah, apa sebabnya kalau tidak ada udang di sebalik batu?!”
“Sebab itu kita perlu berhati-hati dengan unsur yang sentiasa akan didorong dengan 37 tahun, untuk melihat kita lalai. Mereka ada agenda yang halus, tidak mustahil. Bila kita merasa curiga, bukan salah kita!”
Tegasnya, hujah-hujah almarhum Syed Naquib Al-Attas itu sangat jelas bahawa nama Allah itu bukan perkataan Bahasa Melayu.
“Sebut perkataan tuhan sahaja dah cukup! Buat apa nak guna perkataan kalimah Allah?”
Oleh itu, beliau menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk meneruskan rayuan kes kalimah Allah ini di Mahkamah, jika tidak, mereka dan mungkin juga umat Islam yang lain akan dipertanggungjawabkan di mahkamah mahsyar kelak.
“Kabinet, Menteri Dalam Negeri, harus bertanggungjawab sekarang, bawa ke mahkamah. Mahkamah dunia sahaja, sebab besok, mereka dan kita semua mungkin terpaksa menjawab di mahkamah mahsyar. Jadi kita amat berharap perkara ini diberi perhatian serius,” kata Kamal Shukri lagi.
Kenyataan ini dinyatakannya dalam satu sesi sidang media Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) bersama lebih 70 NGO bertajuk ‘NGO Islam Bantah Kerajaan Tarik Balik Rayuan Kes Kalimah Allah’.
Sidang media ini diadakan pada hari Selasa, 16 Mei 2023 bertempat di Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Kuala Lumpur dengan kehadiran NGO-NGO Islam dan wakil media seperti TVPertiwi, Berita Harian, Agenda Daily dan The Malaysian Insight.
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment