NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Aksi gelek: Mufti Melaka terkilan, artis Islam patut jadi contoh masyarakat



MELAKA – Kerajaan negeri terkilan dengan tindakan segelintir artis atau pempengaruh Islam negara ini yang gagal memberikan contoh baik kepada masyarakat khususnya peminat mereka.

Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil berkata, lebih mengecewakan, kumpulan itu sanggup mencemari persembahan terbuka dengan perbuatan yang bertentangan ajaran Islam yang menjadi pegangan mereka.

“Bagi pihak agensi agama khususnya di Melaka pihak kami merasa terkilan dengan kejadian viral yang berlaku kerana keadaan itu tidak menggambarkan etika dan akhlak yang memahami konsep dlm kehidupan masyarakat Islam itu sendiri.

“Hatta artis (pun) sebagaimana kita menjaga nilai dan juga sebagai seorang Muslim, akhlak dan perlakuan (sepatutnya) menjadi contoh kepada masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Konvensyen Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 yang disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini hari ini.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman.

Abdul Halim berkata demikian ketika diminta mengulas penularan di laman sosial klip video berdurasi hampir dua minit aksi gelek menayangkan bentuk pinggul oleh pempengaruh, Liana Rosli atau lebih dikenali Kak KM bersama dua individu lain.

Aksi ghairah itu dikatakan berlaku ketika Starvendors Foodstival Melaka 2023 yang berlangsung selama tiga hari sejak Jumaat lalu di Pusat Dagangan Dunia Antarabangsa Melaka yang berakhir Ahad lalu.

Tegasnya lagi, dengan insiden itu, mana-mana penganjur program terbuka di negeri ini sewajarnya meletakkan satu garis panduan yang perlu dipatuhi peserta bagi mengelak kejadian sama daripada berulang.

“Di pihak kerajaan negeri, saya berharap pihak penganjur supaya dapat berhati-hati dan memastikan mereka mempunyai satu garis panduan jelas yang perlu dipatuhi setiap peserta,” katanya. – MalaysiaGazette.




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo