Hari ini 32 tahun yang lalu, berlaku tragedi letupan kilang mercun di Sungai Buloh, Selangor
Kilang mercun Bright Sparklers terletak di kawasan perumahan berkepadatan tinggi di Kampung Baru Sungai Buloh. Segalanya musnah bermula jam 3.45 petang 7 Mei 1991 apabila satu kemalangan terjadi di bilik ujikaji kilang tersebut.
Dikatakan seorang ahli kimia Hong Kong menguji sejenis mercun yang sepatutnya melancar & meletup ke atas, namun ia tumbang lalu meledak ke arah tempat simpanan mercun yang siap dibungkus, mencetuskan letupan yang dahsyat.
10 minit kemudian, letupan ke-2 berlaku sebelum disusuli letupan ke-3 yang terkuat pada jam 4 petang yang boleh dirasainya hingga beberapa kilometer sebelum 20 lagi letupan susulan berlaku. Kilang lain & rumah di sekitarnya musnah & terbakar.
Lebih 50 anggota bomba bersama 8 jentera pemadam api dari Kem Tentera Sg. Buloh, balai bomba KL, Petaling Jaya, Damansara Utama & Shah Alam dikerah ke tempat kejadian untuk operasi memadam api, mencari & menyelamat mangsa.
Pasukan bomba berdepan cabaran apabila pili bomba jauh dari tempat kejadian, tekanan air pula rendah & terpaksa menggunakan bekalan air sendiri & angin kencang memarakkan kebakaran. Selepas kurang lebih 2 jam, api dapat dipadamkan.
Operasi mencari & menyelamat yang berlanjutan beberapa hari menemukan 26 mayat & sekurang-kurangnya 83 orang cedera, kesan letupan dahsyat 200 tan belerang. Turut ditemukan lagi 30 tan bahan bakar yang disimpan di stor bawah tanah.
Kuatnya letupan kilang mercun tersebut hingga insiden itu digelar “Hiroshima Sg. Buloh.” Susulan tragedi tersebut, siasatan mendapati kilang tersebut sebenarnya beroperasi secara haram sejak 1978 malah turut menggunakan pekerja bawah umur.
Tragedi tersebut membawa kepada pengharaman mercun & penutupan kilang-kilang mercun seluruh negara, terbentuknya unit HAZMAT pada 1992 serta wujudnya Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerja 1994.
Sumber:
Utusan Malaysia, Cilisos, Arkib Negara Malaysia
#PeristiwaHariIni
No comments
Post a Comment