DOS penggalak tambahan disediakan untuk golongan yang meemrlukan. -- AFP |
LONDON – Satu varian Covid-19 yang lebih menular mula mendominasi kes di kebanyakan negara di dunia, lapor akhbar Mirror UK semalam.
Kes Covid-19 di Britain mencecah paras tertinggi bermula 3 Januari sehingga akhir Mac lalu, demikian menurut angka Pejabat Statistik Kebangsaan.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kini memberi perhatian terhadap varian baharu Omicron tersebut yang dinamakan XBB.1.16 atau digelar sebagai ‘Arcturus’.
Varian Kraken XBB.1.5 sehingga kini masih dominan tetapi varian baharu itu telah tersebar di 22 negara dan lebih cepat menular, kata ketua teknikal Covid WHO, Maria van Kerkhove.
Walaupun ia merebak dengan lebih mudah, tiada bukti menunjukkan varian Arcturus menyebabkan penyakit yang lebih teruk.
Van Kerkhove pada satu sidang akhbar berkata: “Salah satu varian yang kami perhatikan. Ia ialah XBB.1.16.
“Pada masa ini, terdapat kira-kira 800 jujukan XBB1.16 di 22 negara. Kebanyakan jujukan adalah dari India dan mendominasi kes di negara tersebut. Jadi ia perlu diperhatikan. Ia telah merebak selama beberapa bulan.
“Setakat ini tiada laporan menunjukkan peningkatan dalam kes kemasukan ke hospital, unit rawatan rapi (ICU) dan kematian akibat XBB.1.16,” katanya.
Di peringkat global, WHO melaporkan terdapat kira-kira 3.6 juta kes baharu Covid-19 yang dilaporkan dari 27 Februari hingga 26 Mac lalu. Ia mencatatkan penurunan sebanyak 27 peratus berbanding 28 hari sebelumnya. – Agensi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment