NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tolak pembaziran lama, buat pembaziran baharu




DEWAN Ulamak PAS Pusat (DUPP) menegaskan bahawa langkah Kerajaan Madani pimpinan Anwar Ibrahim mengadakan jamuan bersempena Hari Raya Aidilfitri di negeri-negeri tertentu hanyalah bermotifkan politik semata-mata menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak. 

Ia tidak bersifat ‘mengurangkan pembaziran’ bahkan lebih banyak pembaziran terpaksa dilaburkan semata-mata memenuhi kerakusan politik Anwar Ibrahim dan Kerajaan campuran PH-BN. 

Rakyat sudah bijak menilai dan membaca kebobrokan tindakan Kerajaan Madani yang semakin tempang pada hari ini. 

Satu demi satu prinsip perjuangan tinggal sekadar ucapan yang manis didengar di halwa telinga. 

Namun, tindakan dan amalan berpolitik yang diamalkan PH-BN tidak lagi mencerminkan perjuangan yang didambakan. 

DUPP menegaskan bahawa tidak sepatutnya kesemua tindak tanduk kerajaan hanya bersifat politik. 

DUPP seringkali mengingatkan agar kerajaan pada hari ini menjadi sebuah kerajaan kepada semua. 

Hentikan sikap politik kepartian dan sentiasa memastikan profesionalisme dalam menguruskan hal ehwal pentadbiran.

Malangnya, kerajaan omongan reformasi madani hari ini indah khabar dari rupa. 

YB USTAZ DATO’ AHMAD YAHAYA
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
5 Syawal 1444H | 25 April 2023M – HARAKAHDAILY 25/4/2023


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo