NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

SPCAAM cadang pekerja bersara umur 65 tahun




BANGI, Ahad – Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM) mencadangkan agar pekerja dibenarkan untuk bekerja sehingga umur 65 tahun atas kerelaan mereka sendiri.


Dalam satu kenyataan pada Ahad, Penasihat Buruh Antarabangsa SPCAAM, Callistus Antony D’Angelus berkata, pekerja ini tidak boleh dipaksa untuk bersara dan mereka juga tidak boleh dipaksa bekerja.

Cadangan ini timbul berikutan laporan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) rakyat Malaysia yang lebih 51.5 peratus ahlinya bawah umur 55 tahun mempunyai simpanan kurang RM10,000.

Inisiatif ini dapat membantu mengurangkan tekanan ekonomi pesara sepanjang tempoh selepas mereka bersara. 

Menurut Bahagian Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pertambahan jangka hayat di Malaysia yang meningkat daripada 52.8 tahun kepada 76.51 tahun bagi memastikan mereka mampu menyara diri daripada segi ekonomi selepas bersara.

Tambah SPCAAM, sektor perniagaan juga mendapat manfaat jika cadangan sedemikian dilaksanakan kerana mempunyai akses kepada tenaga kerja yang berpengalaman.

Katanya, negara perlukan beberapa penyelesaian kreatif dan saksama dalam isu yang melibatkan pekerja-pekerja di negara ini dan pembaharuan besar dasar buruh serta ekonomi juga diperlukan. – ASTRO AWANI


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo