NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sekadar bawa masuk PH dalam Exco, bukan kepentingan rakyat – BERJASA



BANGI, Ahad – Pelantikan Ketua Menteri Melaka yang baharu dan penstrukturan semula Exco negeri sekadar mahu membawa masuk Pakatan Harapan dalam tampok kepimpinan negeri itu.

Naib Presiden BERJASA, Ir Ts Lukman Al Hakim berkata, ia jelas membawa motif dan agenda Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sedangkan tindakan itu tidak disokong parti dan rakyat Melaka.

“Ramai memahami bahawa pelantikan Datuk Seri Ab Rauf memang sangat kontroversi atas motif yang jelas Datuk Seri Zahid Hamidi untuk merombak Exco Melaka bagi memasukkan sendiri Exco daripada PH ini mungkin satu perkara yang tidak dipersetujui Datuk Seri Sulaiman sebelum ini dan kita melihat di bawah kepemimpinan Ketua Menteri Melaka yang lama tiada masalah Melaka membangun dengan begitu baik.”

Tambah Lukman, prestasi bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali mempunyai rekod baik dan wajar diteruskan kepimpinan Melaka di bawahnya.

Namun disebabkan kepentingan pihak-pihak tertentu, Sulaiman terpaksa akur dan melepaskan jawatan.

“Ternyata ini satu politicking yang tidak sihat untuk menaikkan Zahid punya aspirasi dan sebenarnya bercanggah dengan apa yang rakyat mahu, rakyat suka dan inilah politicking yang tiada kesudahan untuk menaikkan seorang individu dengan agenda sebenaranya tidak disokong oleh parti dan rakyat Melaka itu sendiri.”

Memetik Ismaweb, dalam pada itu, Lukman menyifatkan kenyataan balas Datuk Seri Ab Rauf Yusoh terhadap Datuk Mohamad Jailani Khamis berhubung pelantikannya sebagai Ketua Menteri Melaka sangat tidak profesional.

Katanya, Ab Rauf harus mengambil pendekatan lebih telus dan bersih kepada pihak yang menentang pelantikannya.

Terdahulu, Jailani yang juga bekas Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan mendakwa pertukaran Ketua Menteri Melaka yang baharu sebagai tebuk atap atau Ketua Menteri pintu belakang.

Berikutan itu, Ab Rauf mengatakan ‘nanti kita cari rumah mana yang atap bocor’ sebagai responnya selepas ditanya pengamal media.


Sumber I Tv Pertiwi




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo