#LetsFightScammerTogether
[KERATAN AKHBAR PILIHAN] SCAM ALERT: “SCAMMER” PERALATKAN NAMA PIDM
Petaling Jaya, 6 April 2023 – Fungsi Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) bagi melindungi simpanan di bank dan manfaat takaful serta insurans kini sering diperalatkan oleh “scammer” (penipu) untuk menuntut bayaran yuran bagi perlindungan PIDM.
Pengurus Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat PIDM, Encik Ridzuan Abdul Rahim berkata, menurut statistik aduan yang diterima oleh PIDM, terdapat sejumlah 380 aduan untuk tahun 2021 dan 2022, manakala 312 aduan daripadanya melibatkan salah guna nama dan logo PIDM untuk tujuan penipuan.
“Perlindungan PIDM ini bersifat automatik dan percuma. Ini bermakna anda tidak perlu mendaftar dan membayar untuknya.
"la berkuat kuasa sebaik sahaja akaun bank anda dibuka dan sijil takaful atau polisi insurans anda diaktifkan.
“Sekiranya anda mendengar arahan ''bayar'' untuk perlindungan PIDM, anda tahu bahawa ini adalah satu perkara yang tidak boleh percayai,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Encik Ridzuan, antara bentuk penipuan kewangan lain melibatkan PIDM adalah “scammer” menyamar sebagai entiti pelaburan sah yang terkemuka dan meyakinkan mangsa dengan sijil-sijil perlindungan pelaburan beserta logo yang kononnya dikeluarkan oleh PIDM.
Orang ramai diminta menghubungi PIDM di talian bebas tol 1800 88 1266 atau e-mel kepada info@pidm. gov.my untuk kepastian sebelum membuat apa-apa bayaran yang melibatkan nama PIDM.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Kosmo.
No comments
Post a Comment