PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor sedia membayar ganti rugi RM120,000 kepada Pengerusi Pakatan Harapan Kedah Mahfuz Omar berhubung saman fitnah, seperti diputuskan Mahkamah Rayuan semalam.
Sanusi berkata, ia menjadi tanggungjawabnya untuk melunaskan tuntutan itu selepas didapati bersalah oleh mahkamah.
“Hantaran inilah yang didapati saya bersalah oleh mahkamah dan diperintahkan membayar ganti rugi RM50,000 oleh Mahkamah Tinggi dan kemudian dinaikkan kepada RM120,000 oleh Mahkamah Rayuan kerana RM50,000 didapati terlalu rendah oleh plaintif.
“Mereka membuat ‘counter appeal’ untuk tuntut lebih tinggi. Apabila sudah didapati bersalah dengan hantaran ini, menjadi tanggungjawab saya untuk melunaskan tuntutan mereka. Saya akan berusaha membayar berapa pun harganya,” katanya menurut Berita Harian.
Pada 9 Okt 2019, Mahfuz memfailkan saman berdasarkan hantaran dibuat Sanusi melalui akaun Facebooknya pada 30 Julai 2019, yang mengaitkan Mahfuz selaku wakil rakyat bagi Parlimen Pokok Sena dalam isu pemindahan premis judi Sport Toto ke kawasan itu.
Mahfuz juga mendakwa, Sanusi menerbitkan satu video berdurasi 7 minit 57 saat di akaun Facebooknya pada 27 Julai 2019, memaparkan sekumpulan individu membantah pembukaan cawangan Sport Toto di Pokok Sena sambil memegang sepanduk tertera nama plaintif
Dalam pada itu, Sanusi berkata pihaknya tidak akan mengambil mudah terhadap isu judi di Kedah selepas bertindak menutup sepenuhnya operasi premis perjudian.
“Mengambil mudah atau mengendurkan tekad perjuangan hanya kerana kepentingan politik, takut hilang sokongan atau membiarkan rakyat negeri ini terjebak menjadi kaki judi, tidaklah sekali-kali… Wallahu a’lam,” katanya.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment