NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saintis rakam ikan paling dalam di dunia

Ikan siput dirakam berenang pada kedalaman 8,336 meter dekat Trench Izu-Ogasawara, Lautan Pasifik, selatan Jepun baru-baru ini. - Foto MINDEROO-UWA-SEA RESEARCH CENTRE


TOKYO – Sepasukan saintis berjaya merakam sejenis ikan yang hidup pada kedalaman menakjubkan di lautan, menjadikannya pemerhatian paling dalam seumpamanya, lapor Perbadanan Penyiaran Britain(BBC) kelmarin.

Spesies tersebut dinamakan ikan snailfish atau ikan siput daripada genus Pseudoliparis dirakam berenang pada kedalaman 8,336 meter menggunakan kamera kapal selam kawalan jauh di Jurang Izu-Ogasawara, Lautan Pasifik di selatan Jepun.

Ketua pasukan saintis itu berkata, ikan siput hidup pada kedalaman maksimum untuk spesies ikan di dalam laut.

Pemerhatian ikan yang paling dalam sebelum ini dibuat pada kedalaman 8,178 meter di lokasi lebih jauh ke selatan Lautan Pasifik di Jurang Mariana. Penemuan terkini itu mengatasi rekod kedalaman di Jurang Mariana sebanyak 158 meter.

“Sekiranya rekod ini dipecahkan, ia hanya pada selaman beberapa minit, dengan perbezaan hanya beberapa meter,” kata Profesor Alan Jamieson kepada BBC News.

Saintis laut dalam di Universiti Australia Barat itu membuat ramalan 10 tahun lalu bahawa ikan mungkin ditemui pada kedalaman 8,200 meter hingga 8,400 meter. Satu dekad kemudian, kajian di seluruh dunia mengesahkan perkara tersebut.

Beberapa ikan siput itu difilemkan menggunakan sistem kamera yang dipasang pada bingkai sisi kapal selam DSSV Pressure Drop.

Walaupun spesimen itu tidak ditangkap untuk mengenal pasti jenis spesiesnya sepenuhnya, beberapa ikan siput itu berjaya dirakamkan berada dekat Jurang Izu-Ogaswara pada kedalaman 8,022 meter.

Ia adalah ikan paling dalam yang pernah dirakamkan berenang di lautan. – Agensi


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo