KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kewangan 2023.
Timbalan Menteri Kewangan Steven Sim Chee Keong ketika membentangkan RUU itu untuk bacaan kali kedua berkata RUU itu bagi menguatkuasakan langkah-langkah cukai yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2023 selain melaksanakan keputusan kerajaan berkenaan penambahbaikan pentadbiran cukai yang memerlukan pindaan kepada akta-akta berkaitan.
Pindaan tersebut termasuk meminda subseksyen 3(3) Akta Kewangan 2018 [Akta 812] dengan menggantikan perkataan “dan 2022” dengan perkataan “2022, 2023 dan 2024” bagi melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu untuk simpanan bersih tahunan ke dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata kerajaan dijangka meneliti semula keperluan untuk melanjutkan pelepasan cukai pendapatan individu untuk simpanan bersih tahunan SSPN selepas 2024.
"Tahun hadapan, kita akan melihat semula dasar ini dan mengambil maklum balas daripada semua pihak termasuk pihak pembangkang untuk membuat keputusan seterusnya," katanya.
Sementara itu, pindaan lain termasuk memperluas skop pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan perubatan untuk meliputi kos pemeriksaan, intervensi awal dan rawatan pemulihan bagi anak-anak kurang upaya pembelajaran seperti autisme dan kecelaruan hiperaktif kurang daya tumpuan dengan potongan cukai yang dibenarkan terhad kepada RM4,000,” katanya. - BERNAMA
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment