Ahmad Zahid berkata, permohonan itu dibuat atas dasar bersimpati dan berharap ia mendapat pertimbangan yang sewajarnya. - Gambar fail/Bernama |
KUALA LUMPUR: UMNO tidak berniat mendesak Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, susulan rayuan pengampunan penuh ke atas bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, permohonan itu dibuat atas dasar bersimpati dan berharap ia mendapat pertimbangan yang sewajarnya.
"Kita tidak berhasrat mendesak tetapi kita mohon agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong agar dapat mempertimbangkan rayuan daripada UMNO.
"Kita bergembira bersama dalam iftar hari ini tetapi bekas pemimpin kita berada dalam penjara dan menikmati makanan, berbuka puasa dalam penjara.
"Kita amat bersimpati dan kita doakan beliau diberi kekuatan serta berdoa lagar embaga pengampunan dapat beri pertimbangan (kepada rayuan)," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC), pada Jumaat.
Majlis Kerja Tertinggi UMNO hari ini memohon pertimbangan agar Yang di-Pertuan Agongmemberi pengampunan penuh kepada Najib, yang kini sedang menjalani hukuman penjara selepas didapati bersalah menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd.
Rayuan tersebut dibuat susulan keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini menolak permohonan bekas Perdana Menteri itu untuk menyemak semula sabitan dan hukuman penjara berhubung dengan kes SRC.
Sementara itu, Ahmad Zahid juga mengesahkan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2023 akan diadakan awal, iaitu pada 7 hingga 10 Jun depan, bagi membolehkan persiapan pilihan raya negeri dilakukan.
"(Tarikh) 7, 8, 9 dan 10 Jun, kita akan adakan perhimpunan agung. Kita buat awal sebab selepas itu kita akan turun ke negeri-negeri untuk berkempen dan menggerakkan jentera bagi pilihan raya di enam buah negeri," katanya.
Sumber | Astro Awani
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment