BANGI, Sabtu – Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed Bin Salman membuat satu panggilan telefon kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Jumaat.
Saudi Press Agency melaporkan, ketika panggilan telefon itu, kedua-dua pihak menyemak semula hubungan dua hala antara Arab Saudi dan Rusia serta kaedah untuk mengukuhkan hubungan dalam pelbagai bidang.
Kedua-dua pemimpin itu juga bertukar-tukar pandangan berhubung beberapa topik dengan minat yang sama.
Katanya, Putin turut menzahirkan ucapan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Putera Mahkota.
Dalam pada itu, kenyataan yang dikeluarkan Kremlin menyebut, kedua-dua pihak berpuas hati dengan kordinasi OPEC Plus yang menyasarkan kestabilan pasaran minyak global.
Putera Mahkota dan Presiden Rusia itu juga berbincang mengenai prospek kerjasama di antara Arab Saudi dan BRICS.
Terdahulu, Arab Saudi mengumumkan pengurangan sukarela 500,000 tong sehari bermula Mei sehingga akhir 2023.
Langkah itu hasil kerjasama dengan negara-negara OPEC lain dan bukan OPEC yang menyertai Deklarasi Kerjasama. – Agensi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment