NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Projek PSI: Tak perlu debat, semua sibuk PRN – Kon Yeow



BANGI, Ahad – Tiada keperluan untuk menganjurkan debat mengenai isu berkaitan Projek Pulau Pinang Selatan (PSI) yang mencetus kontroversi susulan bantahan kelulusan projek itu dibangkitkan pelbagai pihak.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, ini kerana kerajaan negeri percaya segala pertikaian dan persoalan yang dibangkitkan mengenai projek itu dianggap sebagai satu proses yang sudah berlalu.

“Kita pandang ke depan, kalau Dominic tidak ambil bahagian dalam proses sebelum ini, saya tidak boleh kata apa-apa kerana proses ini sudah berlalu, mungkin beliau mahu bawa ke mahkamah, itu haknya.

”Tidak ada keperluan untuk berdebat, semua sibuk mahu pilihan raya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri pembukaan Penang Wesak Celebration 2023 hari ini.

Malah, beliau berpendapat pihak yang tidak berpuas hati dengan projek yang menjadi sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan (PIP) Pulau Pinang itu berhak membawa perkara berkenaan ke mahkamah.

Pada Sabtu lalu, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang, Datuk Dr. Dominic Lau mencabar Kon Yeow berdebat berhubung isu pembangunan PSI dan Seberang Perai itu dan memberikan Kon Yeow peluang menetapkan tarikh, masa dan lokasi debat.

Sebelum ini, Kon Yeow mengumumkan projek PSI membabitkan pembangunan tiga pulau buatan berkeluasan 1,700 hektar di perairan Permatang Damar Laut berdekatan Bayan Lepas itu telah memperoleh kelulusan EIA daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Menurut Kon Yeow, semua pihak boleh mengambil bahagian dalam mana-mana proses sebelum kelulusan projek PSI itu diperoleh.

”Apa-apa pertikaian, soalan atau jawapan berhubung projek PSI sudah berlalu, malah JAS dan semua agensi teknikal sudah meletakkan syarat, sekiranya kami tidak dapat mematuhi syarat-syarat itu, maka pelan pengurusan Alam Sekitar (EMP) pun tidak akan diluluskan.

”Kalau boleh diluluskan maksudnya projek PSI telah melalui satu penelitian yang rapi oleh semua jabatan, barulah JAS boleh keluarkan keputusan dengan semua syarat dipatuhi,” katanya.

Tambahnya, pada masa ini fokus kerajaan negeri adalah kepada persediaan pelaksanaan projek PSI untuk proses-proses tebus guna laut.

”Minggu akan datang saya akan umumkan apa yang kita cadangkan di dalam PSI khususnya di pulau A, itu adalah fokus kita pada masa ini,” katanya.


Sumber I Tv Pertiwi




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo