NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRN: DAP NS beri bayangan tak akan serah kerusi pada BN

Anthony Loke Siew Fook (tengah) pada sidang akhbar diadakan


SEREMBAN - DAP Negeri Sembilan memberi bayangan yang mereka tidak akan menyerahkan 11 kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14(PRU14) kepada Barisan Nasional(BN) untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri(PRN) nanti.

Ia susulan selepas BN Negeri Sembilan yang dilaporkan meminta tambahan dua kerusi daripada 20 kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN) yang disandang Pakatan Harapan(PH) ketika ini.

Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook berkata, setiap parti berhak menyatakan pandangan dan hasrat mereka tetapi keputusan akhirnya akan dibuat berdasarkan kepada prinsip yang telah dipersetujui bersama.

"Prinsip yang telah dipersetujui oleh PH dan Barisan BN ialah kerusi penyandang akan kekal kepada parti yang menang.

"Umpamanya kerusi itu dimenangi BN, tak akan pula kita pergi minta kerusi itu. Ia sudah tentu akan timbulkan masalah kalau kita minta kerusi penyandang. Jadi prinsip asas yang dipersetujui, kita hormati," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pemukiman Persediaan PRN DAP Negeri Sembilan di sebuah hotel di sini pada Sabtu.

Beliau yang merupakan Setiausaha Agung DAP berkata, rundingan hanya melibatkan kerusi yang tidak dimenangi oleh PH dan BN seperti mana di lima negeri lain yang akan menghadapi PRN.

Jelasnya, jika ada pandangan berlainan dan sebagainya ia perlu dirujuk kepada pimpinan pusat.

"Setiap negeri ada perundingan mereka. Misalnya Kedah yang kerusinya tak banyak dimenangi oleh BN atau PH yang mana ia akan dinilai berdasarkan parti mana yang lebih sesuai atau lebih kuat untuk bertanding menentang Perikatan Nasional(PN).

"Tapi di Negeri Sembilan keadaan agak dinamik kerana semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN) di bawah PH dan BN. Jadi bagi kita itu mudah untuk diselesaikan,"katanya.

Loke Siew Fook berkata, Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun juga tahu berkenaan pendirian DAP kerana prinsip soal pembahagian kerusi itu telah pun dipersetujui.

Malah tegasnya, beliau tidak mahu berpolemik soal itu dan semua pemimpin DAP diminta tidak mengeluarkan apa-apa lagi kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan.

"Soal kerusi itu perkara biasa, bukan hari ini saja dengan BN. Malah dengan parti komponen dalam PH pun ada isu sama.

" Masing-masing ada pandangan, tapi biarlah kita buat keputusan secara matang berdasarkan kepada prinsip dipersetujui, "katanya.

Sementara itu ditanya kemungkinan akan ada pihak yang berkecil hati kerana tidak diberi kerusi, beliau berkata, dalam politik semua perlu berbesar hati dan berlapang dada.

"Dalam poltik sudah ada kompromi terutama dalam kerjasama gabungan antara gabungan.

Dalam semangat Kerajaan Perpaduan ini tak boleh ada kecil hati mesti berlapang dada dan saya rasa pucuk pimpinan parti masing-masing amat memahami keadaan ini," katanya.


Sumber I Sinar Harian






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo