Salahuddin (dua,kanan) mengadakan lawatan di Bazar Ramadan Rahmah Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu. |
KOTA BHARU - Calon boleh menang menjadi taruhan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri tidak lama lagi.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, perkara tersebut akan diperhalusi oleh jawatankuasa calon yang akan berbincang dan bermuafakat untuk memilih individu berpotensi boleh menang.
"Calon yang akan ditampilkan itu terdiri daripada semua peringkat sama ada golongan muda atau sebaliknya," katanya semasa sidang akhbar pada Ahad.
Sebelum itu beliau turun padang mengadakan lawatan di Bazar Ramadan Rahmah Stadium Sultan Muhammad IV di sini.
Menurut beliau, ia turut terbuka kepada individu yang pernah menjadi calon semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
Ujarnya, Amamah akan membina jentera dengan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk memberikan sinergi baharu pada PRN nanti.
"Insya-ALLAh jentera kita akan bertarung dengan baik nanti," ujarnya.
Sumber I Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment