BANGI, Sabtu – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memberi amaran bahawa ‘musuh’ Israel akan menerima akibat selepas serangan balas dari Lubnan baru-baru ini.
Tentera Israel mendakwa, rakyat Palestin bertanggungjawab terhadap roket yang dilepaskan ke wilayah utara Galilee Barat Israel.
Pada Jumaat, tentera Rejim Zionis melancarkan lagi serangan udara ke atas Semenanjung Gaza beberapa jam selepas bedilan roket dilepaskan dari Lubnan ke Israel.
Lapor portal berita Middle East Eye, sekurang-kurangnya lima kawasan terbuka dan kebanyakannya tidak berpenghuni telah diserang oleh tentera udara Israel sejurus selepas tengah malam semalam, namun setakat ini tiada laporan tentang kemalangan jiwa.
Tentera udara Israel mengebom beberapa kawasan di Semenanjung Gaza yang dikawal oleh kumpulan pejuang Palestin.
Serangan udara itu berlaku ketika kemarahan di seluruh wilayah Palestin memuncak berhubung serbuan polis Israel ke atas jemaah Palestin di Masjid Al-Aqsa, timur Baitulmuqaddis yang merupakan antara tempat paling suci kepada umat Islam pada Rabu lalu.
Dalam pada itu, peluru berpandu dan roket antibalistik turut dilancarkan dari Gaza sebagai tindak balas dan mencetuskan siren amaran di beberapa buah bandar di Israel dekat sempadan Israel-Gaza.
Terdahulu, sekurang-kurangnya 30 roket dilancarkan dari selatan Lubnan ke arah wilayah yang diduduki Israel, sebagai tindakan balas terhadap serbuan tentera pengganas Israel di Masjid al-Aqsa.
Rejim Zionis bagaimanapun menyalahkan serangan roket yang menyebabkan dua penduduknya cedera sebagai perbuatan Hamas.
Namun, Hamas menafikan mereka mengetahui dalang di sebalik serangan itu.
Sumber | Tv Pertiwi
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment