Muhyiddin Yassin berkata, pengagihan kerusi antara parti komponen Perikatan Nasional untuk PRN di enam negeri kini hampir selesai. |
PETALING JAYA: Isu penggunaan logo pada PRN akan datang dianggap selesai kerana Perikatan Nasional (PN) akan menggunakan formula PRU15, kata Muhyiddin Yassin.
Pengerusi gabungan itu berkata, Kelantan dan Terengganu akan terus menggunakan simbol bulan, manakala Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan menggunakan logo PN.
Katanya, pertemuan semalam membincangkan soal politik dan persiapan menghadapi PRN di enam negeri, dengan agihan kerusi kini hampir selesai.
Beliau berkata, isu penggunaan manifesto untuk PRN turut dibincangkan.
“Perkara tersebut sudah dibawa kepada perbincangan di peringkat pusat menerusi Jabatan Perundingan Kerusi Pusat untuk tindakan selanjutnya,” katanya menurut Utusan Malaysia.
Muhyiddin berkata, secara keseluruhannya, Kelantan bersiap sedia menghadapi PRN.
“Mengenai parti mana yang akan berlawan di kawasan Umno, itu kita akan bincang selepas ini.”
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment